Tiada yang dapat digambarkan bagaimana perasaan rindu kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Bertitik tolak dari perasaan ini, Kolej Islam Darul Ulum merasa terpanggil untuk menganjurkan Sambutan Maulidurrasul 1433 H yang pertama kali dianjurkan secara besar-besaran dan terbuka untuk umum. Pelbagai program dan acara telah di susun untuk perjalanan sambutan ini.
Program bermula pada 10 Februari, hari jumaat dimulakan dengan dendangan burdah dan berzanji oleh Kumpulan Ahbabul Huda dari Sekolah Menengah Islam Darul Ulum. Dendangan yang begitu sayu memuji junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan sangat menarik perhatian para pengunjung. Program diteruskan dengan forum perdana oleh para panel yang tidak asing lagi di kalangan rakyat Kedah khususnya iaitu Prof Dr Abdul Aziz bin Hanafi dan Tuan Haji Mohd Azmi bin Abdul Hamid. Kupasan yang sangat menarik dengan tajuk Memohon Syafaatmu Ya Rasulullah telah diulas oleh kedua-dua ahli panel yang dipengerusikan oleh Ustaz Hazwan Shah, Penolong Pensyarah Kolej Islam Darul Ulum
Program pada hari kedua dimulakan dengan perarakan Maulidurrasul 1433 bermula dari Musolla Muassasah Darul Ulum ke Pentas Utama di padang Muassasah Darul Ulum. Perarakan dikawal oleh Unit Amal diketuai oleh Ustaz Haji Zawawi bin Haji Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Islam Darul Ulum dan Ustaz Mat Ayub bin Mat Daud, Mudir Sekolah Menengah Islam Darul Ulum. Setibanya di padang, majlis diteruskan dengan Kuliah Dhuha oleh al-Fadhil Ustaz Ahmad Abdullah, Pengarah Akademik Kolej Islam Darul Ulum. Al-Fadhil Ustaz mengupas tajuk Sifat Rasulullah SAW tentang menangis Rasulullah SAW. Kupasan yang sangat bermakna dan berharga untuk tatapan para pelajar-pelajar KIDU dan SMIDU.
Di sebelah petangnya, Majlis Hi-Tea sebagai mengumpul Dana Pendidikan dan Kebajikan Pelajar Kolej Islam Darul Ulum telah di anjurkan. Tetamu utama YB Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad, Ahli Parlimen Shah Alam yang sudi hadir bersama-sama dengan acara ini. dalam ucapan beliau, beliau menyentuh bagaimana keperluan membangunkan sistem pendidikan Islam yang jitu untuk mengelakkan isu yang sedang panas berkaitan murtad. Seharusnya apabila masyarakat menerima pendidikan Islam yang betul dan kukuh, tidak mustahil gelaja murtad ini akan dapat dibanteras. Namun sesetangah pihak yang melaung-laungkan isu murtad, tetapi membiarkan isu pendidikan Islam ini diletakkan ditepi jalan sahaja.
Malam kemuncak Sambutan Maulidurrasul 1433 H dimulakan dengan tahlil perdana diketuai oleh al-Fadhil Ustaz Mohammad bin Ramli, Penolong Pensyarah Kolej Islam Darul Ulum. Selepas isya’ diteruskan dengan Ceramah Perdana oleh YB Ustaz Ahmad Izzat Shauki, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lada, YB Dato’ Mohd Salleh Bin Man Mat Aji, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan YB Tuan Haji Khalid Bin Abdul Samad, Ahli Parlimen Shah Alam. Pelbagai isu telah dikupas oleh para penceramah terutama isu parasit dalam PAS, Madrasah Salihiyyah, Fitnah yang melanda dan pelbagai lagi.
Pengarah Program, Saudara Mohd Hanifi Bin Haji Ahmad Jamaludin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini dan program sebegini akan diteruskan pada masa-masa akan datang.
Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar. Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jin...
Comments
Post a Comment