Skip to main content

Kelas Pra - STAM



Kolej Islam Darul Ulum ( KIDU ) akan memulakan kelas Pra - STAM bermula Julai 2010 dan permohonan dibuka kepada semua calon khususnya lepasan SPM yang kurang keupayaan dalam Bahasa Arab bagi menduduki peperiksaan STAM pada tahun 2011.

Modul yang akan digunakan adalah mengikut modul intensif Bahasa Arab meliputi pengukuhan perbendaharaan bahasa, percakapan, penulisan dan tatabahasa. Modul yang gubal adalah gabungan modul dari Pusat Bahasa dalam dan luar negara.

Pelajar akan mengikuti intensif selama 6 bulan sebelum mendaftar sebagai calon STAM dan menduduki peperiksaan tahun 2011 yang akan dijalankan di KIDU.

Pihak KIDU sudah menganjurkan Kursus Bahasa Arab selama 5 tahun bagi lepasan sekolah rendah dan menengah.

Jesteru pengalaman yang ada mampu membentuk dan mendidik pelajar menguasai Bahasa Arab dalam tempoh tersebut walaupun tidak mempunyai asas yang kuat.

Gabungan pengalaman dan prasarana yang ada sekurangnya mampu mencapai hasrat dan matlamat tersebut.

Comments

  1. Berapa lama tempoh pengajian untuk STAM dan Tamhidi?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ketua Pegawai Eksekutif KIDU

 

Sekitar Program Haul

 

PROGRAM BERKEMBAR KOLEJ ISLAM DARUL ULUM DAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU MAC 2011

Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar. Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jin...