Skip to main content

Rektor INSANIAH Pengerusi Jawatankuasa Mengkaji Sistem Pengajian dan Pentadbiran KIDU.





INSANIAH, 4 Mei, 2010 (Selasa): Rektor Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH), Profesor Dato’ Dr Jamil Osman, dilantik kerajaan negeri Kedah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Mengkaji Sistem Pengajian dan Pentadbiran Kolej Islam Darul Ulum (KIDU).

Jawatankuasa berkenaan ditubuhkan untuk memajukan kurikulum KIDU yang diterajui Dato’ Dr Harun Din yang bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kecil Akademik pusat pengajian itu.

Dalam pertemuan dan perbincangan yang diadakan di INSANIAH baru-baru ini, ahli jawatankuasa menumpukan kepada objektif menggubal sukatan kursus tafaquh yang dijadualkan bermula pada 2011.

Manakala antara konsep yang turut ditekankan ialah pembacaan kitab terpilih secara menyeluruh dan mensyaratkan penuntut perlu menamatkannya mengikut sukatan.

Kerjasama antara INSANIAH dengan KIDU bakal menemukan dimensi cemerlang masa depan berikutan pengalaman dimiliki Profesor Dato’ Dr Jamil dalam bidang berkaitan sangat membantu.

Warga INSANIAH mengucapkan syabas kepada Dato’ Rektor dan berharap universiti ini akan terus cemerlang di bawah pentadbirannya.
















Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ketua Pegawai Eksekutif KIDU

 

Sekitar Program Haul

 

PROGRAM BERKEMBAR KOLEJ ISLAM DARUL ULUM DAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU MAC 2011

Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar. Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jin...