Skip to main content

Kuliah Haraki Bersama Ketua Dewan Pemuda









Alhamdulillah.. sebetar tadi baru selesai sesi ceramah bagi pengisian Kuliah Haraki minggu ini
bersama dengan Ustaz Ahmad Yahya selaku Ketua Dewan Pemuda.

Majlis dipengerusikan oleh Sdr Rahmatullah yang merupakan exco MPPKIDU

Ust Ahmad menjelaskan perkara berikut :

3 asas penting yang perlu difahami sebagai seorang pelajar muslim iaitu :
- Ta'lim ( belajar )
- Tarbiyyah ( pendidikan dan pembinaan )
- Harakah ( Penglibatan dalam gerakerja dakwah )

3 perkara ini perlu difahami kerana ia merupakan asas bagi keredhaan Allah swt. Ilmu yang diperolehi perlu dijana dalan proses tarbiah sekaligus membentuk Rijal al-Dakwah yang terjun dan bersama memimpin umat.

Pengabaian kepada 3 asas itu , melahirkan pelajar yang hanya belajar untuk ilmu dan keduniaan semata -mata tampa memahami dan melihat realiti semsa.

Isu semasa yang berkaiatan dengan masalah umat amat berat dewasa ini dengan isu sosial, aqidah dan sebagainya.

Jesteru penglibatan dalam harakah memungkinkan kita bersama menangani dan melaksanakan tanggungjawab dan amanah daripada Allah swt sebagai duat dan mujahid

Comments

Popular posts from this blog

Ketua Pegawai Eksekutif KIDU

 

Sekitar Program Haul

 

PROGRAM BERKEMBAR KOLEJ ISLAM DARUL ULUM DAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU MAC 2011

Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar. Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jin...