Pada 14 April 2011 yang lalu, pihak Kolej Islam Darul Ulum telah menganjurkan Majlis Jamuan Mahabbah untuk mengenang jasa-jasa mereka yang pernah berkhidmat di sini. Antaranya adalah Pensyarah Mesir dari KUIN, Staf pentadbiran yang telah berhenti dan sebagainya. Tujuan jamuan ini di anjurkan selain untuk mengenang jasa mereka yang pernah berkhidmat disini adalah mengeratkan hubungan silaturrahim. Ini sebagai menunjukkan bahawa hubungan yang terjalin antara Kolej Islam Darul Ulum dan mereka yang pernah berkhidmat tidak pernah putus dan sentiasa berhubungan. Di dalam ucapan Pengarah Akademik, ustaz Ahmad Bin Abdullah menyatakan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang pernah berkhidmat di Kidu. Beliau juga berharap hubungan yang terjalin ini akan terus berkekalan. Selain itu, beliau berharap agar semua pihak dapat mendoakan agar KIDU terus bergerak dan maju kehadapan dalam melahirkan golongan ulama yang mampu menyelesaikan permasalahan ummat.
Nasi Briani berlaukkan gulai daging menjadi hidangan para tetamu. Masakan yang dimasak khas oleh Ustaz Haji Zawawi Bin Haji Ahmad menambat selera para tetamu. Antara tetamu yang hadir adalah Dr Ali Mansur Osman Hassan, Dr Mahmud Mahmud Hussin, Dr Yusuf Muhd Abdul Ghafar Isa, Dr Syed Sultan Bee, Ustaz Eid Saed, Puan Azimah Azmi dan Cik Nor Khalilah Bt Ahmad Shokri.
Di akhir majlis, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Islam Darul Ulum menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada tetamu.
Comments
Post a Comment