Kolej Islam Darul Ulum semakin mendapat sambutan dari pihak luar Negara terutama umat Islam Selatan Thailand apabila seramai 2 orang pelajar perempuan mendaftar masuk untuk mengikuti pengajian peringkat diploma di sini pada hari ini. Mereka disambut oleh al-Fadhil Ustaz Haji Zawawi Bin Haji Ahmad telah diberi penerangan berkaitan kursus yang ditawarkan serta yuran kepada waris dan para pelajar. Pertambahan 2 orang mahasiswi baru ini menjadikan 6 orang mahasiswi dari Selatan Thailand yang menuntut di Kidu.
Pelajar ini yang ditemui menyatakan keyakinan dan semangat untuk menyambung pengajian di sini kerana yakin dengan cara dan kaedah pembelajaran yang diterapkan di KIDU. Ini turut di akui oleh para waris yang berasa yakin dengan kaedah dan cara pembelajaran di KIDU mampu melahirkan generasi yang memahami dan mengamalkan serta menyebarkan Islam kepada semua.
Pihak KIDU mengucapkan Selamat Datang kepada mahasiswi baru dari Selatan Thailand
Comments
Post a Comment