Pada hari selasa yang lalu, pihak Kolej Islam Darul Ulum telah mengunjungi Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) di Manir, Terengganu. Delegasi KIDU diketuai oleh YBhg Ustaz Haji Zawawi Bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KIDU. Turut serta dalam rombongan ini adalah Penolong Pendaftar Pentadbiran dan HEP, Ustaz Abdul Ghani Bin Abdullah, Penolong Pendaftar Akademik, Ustaz Azamuddin Abdul Aziz dan Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT, Ustaz Mohd Hanifi Haji Ahmad Jamaludin.
Pelbagai perkara yang dibincangkan ketika pertemuan ini yang bertujuan meningkat keilmuan di kalangan pelajar dalam penyediaan melahirkan pelapis ulama’ yang mampu menangani permasalahan ummah. Pihak KIDU telah disambut oleh Pengarah KUDQI, Ustaz Mahmud, Timbalan Pengarah Akademik, Ustaz Saud dan Ustaz Ismail.
Di akhiri pertemuan itu, pihak KIDU telah mengunjungi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, YB Dato’ Harun Taib.
Comments
Post a Comment