1 Syawal – Beberapa hari sahaja lagi kita akan meninggalkan ramadhan . Bulan barakah bulan yang sangat istimewa. Ramadhan seumpama madrasah yang mengandungi kurikulum dan sukatannya yang tersendiri yang disediakan oleh Tuhan Rabul Jalil bagi mendidik siswa - siswinya dengan pakej yang begitu unik bagi lahir sebagai mahasiswa yang cemerlang dengan anugerah “ Takwa “ pada hari konvokesyennya di bulan sywal.
Berapa ramai siswa siwi madrasah ramadhan yang tidak berjaya dijemput untuk menerima ijazah pada hari konvokesyennya kerana tidak lulus dan perlu mengulang semula pada tahun yang seterusnya.
Semoga kita semua layak menerima anugerah di konvokesyen ramadhan dan merasa gembira dengan penuh syukur seperti Sabda Nabi saw
“ Bagi yang berpuasa dua kegembiraan , pertama hari raya kedua bertemu Tuhan di syurga “
Apa yang penting latihan ramadhan selama sebulan adalah contoh diari muslim yang diredhai Alah, maka teruskan diari dan takwim ramadhan ini sepanjang hidup kita moga di berkati Ilahi.
CABARAN MENGEKALKAN SIFAT TAWA
Saidina Ali r.a menjelaskan makna Takwa ialah :
- Takut kepada Tuhan Rabul Jalil
- Beramal dengan arahan yang diperintahkan
- Bersedia dengan amalan untuk hari kematian
- Redha dengan apa yang ditentukan .
Allah swt menjelaskan 9 sifat orang yang bertakwa seperti ayat Surah At-Taubah ayat 120 :
Mereka adalah orang yang bersifat dan berakhlak seperti berikut ;
i. Senantiasa bertaubah
ii. Senantiasa beribadah
iii. Senantiasa bertasbih
iv. Senantiasa berpuasa
v. Senantiasa rukuk
vi. Senantiasa sujud
vii. Senantiasa menyeru kepada kebaikan
viii. Senantiasa mencegah kemungkaran
ix. Senantiasa menjaga batas ketetapan Allah swt
Ibnu ‘Abbas menjelaskan : “ Siapa yang mati dalam melasanakan 9 sifat ini maka ia di jalan Allah “.
Wahai anak – anak pelajar sekalian :
Ayuh marilah kita menjadi Ramadhan sebagai bulan tarbiah dan madrasah pembinaan diri semoga lahir selepas Ramadhan sebagai insan bertakwa
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF DAN SELURUH WARGA KIDU MENGUCAPKAN SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA PENGUNJUNG PORTAL
SEMOGA KALIAN TERUS MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA INSTITUSI MILIK UMMAH INI
Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar. Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jin...

Comments
Post a Comment