Pesta Konvokesyen KIDU kali ke-X bersambung pada hari jumaat 29 Julai 2011, hari kedua penganjuran program ini. Pertandingan mewarna, azan, bercerita dan hafalan surah-surah lazim melibatkan kanak-kanak PASTI mewarnai pagi jumaat. Kehadiran 19 wakil PASTI di dalam kawasan Parlimen Pokok Sena memberi suatu kemeriahan luar biasa di KIDU. Pada masa yang sama bertempat di Masjid Muassasah Darul Ulum sedang berlangsung kuliah dhuha yang disampaikan oleh Pengarah Akademik KIDU, al-Fadhil Ustaz Ahmad Bin Abdullah.
Pada hari kedua juga menyaksikan pertandingan padang mewarnai program ini. di padang bola, berlangsung pertandingan bola sepak 8 sebelah melibatkan sekolah-sekolah agama seluruh negeri kedah. 8 pasukan dari 8 sekolah menghantar wakil. Format liga digunakan dalam pertandingan bola sepak kali ini. selain itu, di hadapan bangunan KIDU, berlangsung pertandingan sepak takraw terbuka. 16 Pasukan telah mendaftar untuk menyertai pertandingan ini.
Program pada hari kedua ini berhenti rehat tepat jam 12.30 tengahari untuk jamuan makan tengahari dan solat jumaat. Pada sesi petang pula, berlangsung pertandingan memasak di depan bangunan KIDU selain pertandingan bola sepak dan sepak takraw berlangsung kembali. Suasana ketika pertandingan berlangsung sangat meriah dengan kehadiran pengunjung yang semakin membanjiri KIDU. Ustaz Zawawi Bin Haji Ahmad telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan pada hari kedua di khemah utama. Pada sebelah malam, tahlil perdana sesi kedua diketuai oleh al-Fadhil Ustaz Ahmad Bin Abdullah di Masjid Muassasah Darul Ulum. Selepas isya’, ceramah umum membarisi pemimpim utama Pakatan Rakyat iaitu YB Dato’ Haji Husam Musa, Naib Presiden PAS, YB Saifudin Nasution Ismail, Setiausaha PKR dan YBhg Cikgu Azmi Abdul Hamid, Presiden TERAS. Kehadiran tetamu sangat memberansangkan untuk mendengar kupasan isu-isu terkini dari pimpinan. Program ditangguhkan pada jam 12 tengahmalam.
Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar. Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jin...
Comments
Post a Comment