Skip to main content

Mengembalikan kegemilangan legasi Dato' Ustaz Fadzil Mohd Noor

Artikel Sumbangan Harakah 





Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my
 
Menginjak kaki ke lapangan Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena menghadirkan rasa tenang yang mendamaikan walaupun di balik kedengaran suara-suara garau lantunan isu kitab turath. Dalam asyik bola mata melihat sergaman indah perkampungan ilmu tersebut, tidak lupa di sana juga hening pusara yang bersemadi jasad insan kesayangan ramai; Almarhum Dato’ Ustaz Fadzil Mohd Noor. Segera gambaran lalu melintas di tabir ingatan mata dan tanpa semena-mena tangisan mula mengesak, terasa seperti adanya kehilangan besar dijiwa.

Tentunya perasaan itu jauh lebih membungkam di hati mereka yang pernah bersama Almarhum dalam perjuangan ini. Setidak-tidaknya mengimbau kebangkitan untuk mempertahankan tanah Muassasah dari dirampas pemerintah zalim ketika itu. Ada yang diseret kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan sebahagian dari mereka telah pun pergi bersama beliau. Atau mengingati izzahnya himpunan puluhan ribu hadirin ketika kompleks ini dirasmikan 17 tahun yang lalu. Kebanggaan yang jangan dibiarkan luput tenggelam dek berlalunya masa dan nikmat kemenangan hari ini









Namun yang lebih besar dari semua itu adalah cita-cita disematkan Almarhum kepada tujuan penubuhan Muassasah Darul Ulum iaitu untuk melahirkan ulama amilin serta menjadikannya ‘Al-Azhar Asia Tenggara’.

“Adalah menjadi harapan saya agar Muassasah Darul Ulum (MDU) yang sama-sama kita asaskan ini akan dapat melahirkan ulama yang mampu mendorong dan melaksanakan Islam sebagai cara hidup, melahirkan intelektual Islam yang berkemampuan dalam berbagai bidang kehidupan dan mampu menangani pemasalahan ummah dan negara,” demikian wawasan yang pernah terbit dari ucapan Almarhum.

Malah, sekiranya disemak lembaran sejarah institusi-institusi pendidikan di dalam PAS yang bermula dari Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), di sana terdapat sama kesungguhan Almarhum dalam menjayakannya. Semuanya itu menjadi legasi Almarhum yang telah diwasiatkan dari ungkapannya “...yang sama-sama kita asaskan ini...” dalam ucapan tersebut.

           Almarhum adalah tokoh yang paling bersungguh-sungguh menyemarakkan budaya ilmu di situ

Maka atas nama melangsungkan perjuangan Islam, amanah tersebut perlu terus didokong seluruh ahli PAS. Tidak lain adalah dengan kita turut serta meneladani kesungguhan Almarhum; membawa MDU ke lapangan masyarakat dan menyuntik perhatian masyarakat kepadanya. Seterusnya bersama menyegarkan kembali pembudayaan ilmu di situ dan menyemarakkan kemampuan melalui sumbangan dan wakaf kepada segala usaha yang sedang dikembangkan. Sehingga penerusan itu akan turut menjadi legasi jariah kita dalam menjayakan gagasan dicetuskan Almarhum, sedang kita pula menikmati barakahnya di akhirat kelak.

Comments

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg...

Iklan Kemasukan Kolej Islam Darul Ulum 2024

 

PROGRAM BERKEMBAR KOLEJ ISLAM DARUL ULUM DAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU MAC 2011

Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar. Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jin...