Bermula pada tahun 2012, pihak Kolej Islam Darul Ulum telah memulakan sesi pengajian bagi program Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan lebih awal berbanding tahun-tahun sebelumnya. Mengikut kebiasaan, pendaftaran STAM akan bermula pada bulan Mac, namun tahun ini telah dimulakan pada bulan Januari. Ini adalah sebagai persediaan kepada para pelajar untuk lebih bersedia menghadapi peperiksaan pada bulan Oktober setiap tahun.
Tempoh 10 bulan adalah dilihat lebih mampu untuk memberikan pendedahan yang berguna kepada semua pelajar. Ini kerana silibus pengajian yang dilihat tidak mampu untuk dihabiskan dalam masa 7 bulan dimulai bulan Mac hingga Oktober.
Untuk mereka yang berminat untuk mendaftarkan diri sebagai Pelajar STAM di KIDU, pengambilan akan diteruskan sehingga awal bulan Mac. Mereka yang berminat, boleh menghubungi talian pejabat KIDU.


assalamualaikum. brapa byaran keseluruhan yuran pra-stam setiap bulan ? trmasuk asrama/mkn/minum ? syukran
ReplyDeleterm 110 sebulan tidak termasuk makan dan minum,tetapi asrama disediakan.
ReplyDelete