Keputusan peperiksaan STAM yang di umumkan pada hari ini menunjukkan peningkatan akademik dan keputusan calon-calon STAM dari Kolej Islam Darul Ulum yang memberansangkan. Peningkatan kelulusan di peringkat mumtaz cukup membanggakan kerana 2 orang dari 4 orang yang mendapat mumtaz telah memperolehi mumtaz keseluruhan subjek STAM ataupun lebih dikenali dengan Mumtaz Sofi. Ianya hasil dari sistem yang dibina khusus untuk para pelajar STAM di sini.
Pendaftar KIDU, Ustaz Abdul Ghani Abdullah yang ditemui selepas pengumuman keputusan STAM melahirkan rasa syukur di atas perolehan kelulusan yang memberansangkan ini. Dua orang pelajar yang mendapat mumtaz sofi adalah Saudari Raha bt Sheikh Salleh dan Saudara Mohd Amiruddin Bin Zainal Abidin. Selain itu, 2 orang lagi yang mendapat mumtaz adalah Saudari Asma’ Mohamad dan Saudara Shamsul Bin Za’bar. Beliau yang ditanya mengenai perancangan masa depan untuk pembangunan pelajar STAM, Ustaz Abdul Ghani memaklumkan KIDU akan terus dengan konsep pengajaran dan komunikasi antara pelajar menggunakan bahasa Arab. Ini kerana, dengan penggunaan yang berterusan dan bukan hanya di dalam kelas, para pelajar dapat menguasai bahasa ini dengan mudah seterusnya mampu memahami dengan cepat subjek STAM. Dan ianya membantu para pelajar untuk menjawab soalan peperiksaan yang diketahui menggunakan bahasa Arab. Kaedah kelas intensif yang diadakan pada setiap jumaat dilihat berkesan kepada para pelajar terutama mereka yang lemah dalam menguasai bahasa Arab. Malah kelas intensif ini mendapat sokongan dan dokongan dari Pengerusi Majlis KIDU yang sudi hadir untuk merasmikan kelas pengajian Bahasa Arab iaitu YB Dato’ Mohamed Taulan B Mat Rasul beberapa bulan yang lalu.
Selain itu, peratusan yang memperolehi pangkat Jayyid Jiddan dan Jayyid juga meningkat. Selain itu, pelajar yang memperolehi pangkat lulus dapat dibanggakan. Justeru itu, dengan konsep yang dibina khusus oleh Kolej Islam Darul Ulum akan diperkasakan agar peratusan pelajar yang lulus dan mendapat mumtaz sofi akan bertambah saban tahun. Tahun 2012 merupakan tahun ketiga Kolej Islam Darul Ulum menawarkan program STAM dengan sasaran peratusan calon yang lulus akan bertambah serta meningkat keseluruhannya.
Comments
Post a Comment