Skip to main content

Kunjungan Sekolah Rendah Islam Integrasi Ihya al-Ahmadi dan Majlis Pendidikan PAS Sepang ke Kolej Islam Darul Ulum.

21 Januari yang lalu, Kolej Islam Darul Ulum telah menerima kunjungan dari guru-guru dan pelajar-pelajar Sekolah Rendah Islam Intergrasi Ihya al-Ahmadi. Kunjungan ini adalah sebagai mengukuhkan hubungan di antara dua institusi pendidikan Islam antara negeri Kedah dan negeri Selangor.
Rombongan ini telah disambut oleh Saudara Mohd Hanifi B Hj Ahmad Jamaludin, Penolong Pendaftar Kolej Islam Darul Ulum bersama Ustaz Zulkarnain Ishak, Penolong Kanan HEM Sekolah Menengah Islam Darul Ulum. Rombongan ini diketuai oleh Guru Besar Sekolah Rendah Islam Integrasi Ihya al-Ahmadi, Ustaz Syarif Ngatani. Taklimat berkaitan operasi Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum telah disampaikan oleh Ustaz Zulkarnain Bin Ishak yang mewakili Sekolah Menengah Islam Darul Ulum. Manakala taklimat berkaitan Kolej Islam Darul Ulum telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Ghani Abdullah. Di awal sesi taklimat, pihak tuan rumah telah menjemput Ustaz Syarif untuk menyampaikan ucapan selaku tetamu.
Di akhir lawatan, ahli rombongan telah dibawa menziarahi maqam pengasas Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum, al-Marhum Dato’ Haji Fadzil Bin Mohd Noor.

Comments

Popular posts from this blog

Ketua Pegawai Eksekutif KIDU

 

Sekitar Program Haul

 

PROGRAM BERKEMBAR KOLEJ ISLAM DARUL ULUM DAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU MAC 2011

Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar. Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jin...