Skip to main content

Pelancaran Kiosk ResMUDA Kolej Islam Darul Ulum

Kolej Islam Darul Ulum melangkah maju selangkah dalam memberi kepada pelajar pembelajaran dalam suasana universiti. Kolej Islam Darul Ulum telah melancarkan Kiosk Res Muda singkatan dari Kiosk Restoran Muassasah Darul Ulum. Kiosk yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang buat masa kini.
Antara menu yang terdapat di kiosk ini adalah berbentuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan petang. Untuk sarapan pagi, pihak Kiosk telah menghidangkan menu seperti nasi lemak, kuih muih dan sebagainya. Manakala minuman dengan menggunakan konsep layan diri bagi setiap pengunjung yang hadir.
Menurut Penolong Pendaftar HEP Kolej Islam Darul Ulum Ustaz Mohd Hanafi Masri, “ Dengan adanya kiosk ini, para pelajar KIDU akan merasakan suasana pengajian seperti pelajar-pelajar Universiti yang lain. Sebelum ini, para pelajar hanya menunggu tanpa ada pilihan makanan dari kantin yang telah sedia ada. Dengan adanya kiosk ini, diharapkan para pelajar dapat menjalani pengajian secara selesa tanpa perlu untuk keluar mencari atau membeli makanan diluar kawasan KIDU . Malah kiosk ini juga dibuka untuk umum dan para pelajar SMIDU.”
Pihak KIDU juga dalam proses membesarkan lagi kiosk ini dan akan beroperasi sehingga waktu malam. Dengan penubuhan kiosk ini akan selari dengan hasrat KIDU untuk mencipta suasana ala universiti untuk para pelajar STAM disini.

Comments

Popular posts from this blog

Ketua Pegawai Eksekutif KIDU

 

Sekitar Program Haul