Skip to main content

Ahlan wa Sahlan Sheikh Muwaffaq Murabi’

Ahlan wa Sahlan Sheikh Muwaffaq Murabi’

Kolej Islam Darul Ulum yang di asakan oleh para pendokong dan pejuang Islam tidak pernah sepi dari kunjungan para alim ulama’. Terbaru, Sheikh Muwaffaq Murabi’, Mantan Naib Mudir Maahad Fatah Islamy telah melakukan kunjungan ke institusi ini. Beliau yang dalam rangka jelajah Malaysia untuk mencari dana bagi membantu keperluan rakyat Syria yang sedang ditindas oleh pemerintah yang zalim.

Satu majlis meraikan beliau telah disusun oleh Jabatan Syariah. Sheikh Muwaffaq Murabi’ juga merupakan salah seorang pakar dalam bidang pembahagian harta waris atau lebih dikenali sebagai ilmu Faraid. Di dalam ucapannya, beliau menyentuh tentang peri pentingnya umat Islam menjaga hubungan sesame muslim. Kata beliau, “Walau kamu berada jauh dari bumi Syria, jangan kamu lupakan saudara kamu yang sekarang ditindas”. Beliau juga mengingatkan tentang bahayanya yahudi dalam merosakkan umat Islam. Walaupun Malaysia jauh dari negara Yahudi, namun propagandanya tetap sampai ke setiap penjuru rumah umat Islam.

Di akhir pertemuan, pihak Jabatan Syariah membuat kutipan derma bagi membantu masyarakat dan rakyat Syria. Semoga kedatangan sheikh akan menyinari Bumi Wakafan Muassasah Darul Ulum.

Comments

Popular posts from this blog

Ketua Pegawai Eksekutif KIDU

 

Sekitar Program Haul

 

PROGRAM BERKEMBAR KOLEJ ISLAM DARUL ULUM DAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU MAC 2011

Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar. Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jin...