Skip to main content

Gotong Royong Perdana


Sabtu, 21 Jun yang lalu, Pejabat Muassasah Darul Ulum telah menganjurkan program Gotong Royong Perdana yang melibatkan semua institusi di dalam Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum iaitu pentadbiran dan pelajar Kolej Islam Darul Ulum dan Sekolah Menengah Islam Darul Ulum. Program yang dimulakan dengan ucapan oleh Tuan Haji Munir Zakaria, Bendahari Majlis Muassasah Darul Ulum. Di dalam ucapan beliau menekankan aspek kebersihan dan penjagaan kawasan kompleks ini agar sentiasa sesuai dengan imej Islam yang menjaga kebersihan. Beliau juga melancarkan kempen Sayangi Muassasah Darul Ulum.

Para pelajar Kolej Islam Darul Ulum dan Sekolah Menengah Islam Darul Ulum telah diberi kumpulan dan kawasan untuk pembersihan. Setiap kumpulam dikawal selia dan dibantu oleh para pensyarah dan guru masing-masing.


Semoga program ini akan menyemai rasa sayang dan cinta dikalangan para pelajar KIDU dan SMIDU untuk sangat menyayangi kompleks pendidikan ini.

Comments

Popular posts from this blog

Ketua Pegawai Eksekutif KIDU

 

Sekitar Program Haul