Skip to main content

Praktikal Pengajaran Bahasa Arab

Kolej Islam Darul Ulum yang sinonim dengan penganjuran kem-kem berorientasikan Bahasa Arab meneruskan kesinambungan dan slot yang akan memantapkan lagi penguasaan bahasa arab peserta-peserta yang mengikuti kem di sini. Para pelajar Kem Bahasa Arab Timur Tengah 2014 tidak terlepas dari mengikuti slot-slot praktikal sedemikian.

Pada jumaat lepas, para pelajar ini diuji untuk mengajar para pelajar Sekolah Menengah Islam Darul Ulum. Namun pada sabtu yang lalu, para pelajar ini di uji dengan pengajaran di Sekolah Rendah Islam (SRI) Alor Setar. Sesi pengajaran ini adalah sebagai medan ujian agar para peserta Kem Bahasa Arab ini mampu mempraktikkan penguasaan Bahasa Arab sebelum mereka menjejakkan kaki ke bumi arab.

Semoga praktikal ini agar menarik minat para pelajar sekolah untuk mendalami bahasa arab sebagai bahasa keilmuan.Bagi yang berminat untuk menyertai Kem Bahasa Arab terutama para pelajar 8-16 tahun, boleh mendaftarkan diri menyertai Kem Bahasa Arab Peringkat Rendah pada 25 November hingga 25 Disember 2014. Hubungi 012-5642132 atau 04-7825754.

Comments

Popular posts from this blog

Ketua Pegawai Eksekutif KIDU

 

Sekitar Program Haul