Skip to main content

Lawatan ke Kolej Darul Hikmah


Pentadbiran Kolej Islam Darul Ulum yang diketuai oleh Pendaftar, Ustaz Abdul Ghani Abdullah telah melakukan kunjungan hormat ke Kolej Darul Hikmah, Bangi Selangor pada 9 Jun yang lalu. Kunjungan ini sebagai kunjungan balas setelah pihak Kolej Darul Hikmah mengunjungi KIDU. Pada pertemuan ini, pelbagai perkara dibincangkan bersama dalam kerangka mengembangkan pendidikan Islam serta berusaha melahirkan para graduan yang mampu berdaya saing dalam arus masa kini.

Semoga pertemuan ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang telah terjalin di antara KIDU dan Kolej Darul Hikmah.

Comments

Popular posts from this blog

Ketua Pegawai Eksekutif KIDU

 

Sekitar Program Haul