Skip to main content

KUMPULAN KETIGA LEPASAN KOLEJ ISLAM DARUL ULUM KE IAIN RADEN FATAH




Kolej Islam Darul Ulum yang menjalin hubungan kerjasama dengan pihak Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Republik Indonesia telah menghantar lepasannya buat kali ketiga sepanjang dua tahun yang lepas. Seramai 2 orang lepasan KIDU iaitu Ahmad Muddatsir bin Ayob dan Mohamad Ezry bin Che Dan menyambung pengajian di tahun akhir di IAIN Raden Fatah.
Rombongan pelajar ini dihantar oleh Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan Teknologi Maklumat KIDU, saudara Mohd Hanifi bin Hj Ahmad Jamaludin berangkat pada 3 Oktober yang lepas dari LCCT dan transit di Jakarta sebelum meneruskan penerbangan ke Palembang. Sesampai di Palembang, para pelajar ini langsung ditempatkan di Asrama IAIN Raden Fatah.
Lepasan kali ini menyambung pengajian di jurusan Perbandingan Mazhab dan Hukum di Fakulti Syariah. Mereka yang ditemui merasa gembira dapat menyambung pengajian di sini dan mengharapkan agar dapat menimba ilmu dan pengalaman yang sebaiknya sebagai bekalan pulang ke Malaysia seterusnya memanafaatkan ilmu yang dipelajari di sini.

Comments

Popular posts from this blog

Ketua Pegawai Eksekutif KIDU

 

Sekitar Program Haul

 

PROGRAM BERKEMBAR KOLEJ ISLAM DARUL ULUM DAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU MAC 2011

Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar. Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jin...