Skip to main content
Ustaz Zawawi bin Hj Ahmad memberi ucapan dan penerangan


Pelajar-pelajar 3 Thanawi SMIDU


MAJLIS PERTEMUAN PENTADBIRAN KOLEH ISLAM DARUL ULUM DAN PELAJAR 3 THANAWI SEKOLAH MENENGAH ISLAM DARUL ULUM.

30 September yang lalu, pihak Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) telah mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar tahun akhir (3 thanawi) Sekolah Menengah Islam Darul Ulum (SMIDU). Pertemuan ini bertujuan menerangkan dan menjelaskan lebih terperinci berkaitan program-program yang ditawarkan di KIDU selain menjelaskan berkaitan pentadbiran KIDU. Program ini di anjurkan memandangkan pelajar-pelajar SMIDU tersebut merupakan pelajar tahun akhir yang akan menduduki peperiksaan Syahadah Thanawiyah dan akan menyambung pengajian di Pusat Pengajian Tinggi.

Inisiatif ini di ambil oleh Jabatan Perhubungan Awam dan Teknologi Maklumat bertujuan agar lepasan SMIDU menyambung pengajian di KIDU. Ini selaras dengan struktur yang sedia ada iaitu lepasan SMIDU menyambung pengajian di KIDU. Pada pertemuan tersebut, Ybhg, Ustaz Zawawi bin Haji Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KIDU telah menyampaikan penerangan berkaitan Kolej Islam Darul Ulum. Beliau sangat berharap agar pelajar-pelajar SMIDU dapat menyambung pengajian di KIDU dalam memantapkan dan menyebarkan dakwah di Malaysia. Ustaz Ahmad bin Abdullah, Pengarah Akademik KIDU turut menjelaskan program-program yang ditawarkan di KIDU terutama penjelasan matakuliah yang diajarkan di KIDU selain memberikan motivasi dan semangat untuk pelajar menghadapi ujian peperiksaan Sijil Syahadah Thanawiyah. Turut hadir pada pertemuan ini adalah Ustaz Azamuddin bin Abd Aziz, Penolong Pendaftar Hal Ehwal Akademik dan Mudir SMIDU, Ustaz Mat Ayub bin Mat Daud.

Comments

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg...

Iklan Kemasukan Kolej Islam Darul Ulum 2024

 

PROGRAM BERKEMBAR KOLEJ ISLAM DARUL ULUM DAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU MAC 2011

Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar. Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jin...