Skip to main content

KIDU Jadi Pusat Peperiksaan STAM





Pada tahun ini, KIDU telah dipilih menjadi Pusat Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Pemilihan ini berdasarkan pertambahan pelajar yang menduduki peperiksaan ini di kalangan mahasiswa KIDU dan persendirian. Pihak KIDU merasakan pemilihan KIDU sebagai pusat peperiksaan STAM merupakan suatu kepercayaan dan amanah dari Kementerian Pelajaran. Penolong Pendaftar Akademik, Ustaz Azamudin Abd Aziz melahirkan rasa gembira di atas pemilihan ini dan akan berusaha untuk melaksanakan kepercayaan ini dengan sebaiknya. Pemilihan ini akan memudahkan pelajar untuk menumpukan peperiksaan ini tanpa perlu berulang-alik ke tempat peperiksaan lain yang agak jauh dari KIDU.
Peperiksaan STAM berlangsung dari 18 – 27 Oktober 2010. Pihak Pentadbiran KIDU mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon peperiksaan STAM.
Kepada pelajar yang berminat untuk mengambil sijil STAM di KIDU, bolehlah menghubungi Pejabat KIDU di talian 04-7825754

Comments

  1. 1km dari kolej. Menawarkan penginapan untuk pelajar dengan kemudahan yang lengkap. Hubungi 0195499541 ( kak yan )

    ReplyDelete
  2. 1km dari kolej. Menawarkan penginapan untuk pelajar dengan kemudahan yang lengkap. Hubungi 0195499541 ( kak yan )

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ketua Pegawai Eksekutif KIDU

 

Sekitar Program Haul

 

PROGRAM BERKEMBAR KOLEJ ISLAM DARUL ULUM DAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU MAC 2011

Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar. Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jin...