Skip to main content

Rumah Terbuka Aidilfitri 1431 H






Pihak pentadbiran Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) dengan kerjasama Pejabat Muassasah Darul Ulum telah menganjurkan Rumah Terbuka Ailifitri sempena musim perayaan Aidilfitri pada tahun ini. Program tersebut diadakan pada 29 September 2010 di perkarangan Kolej Islam Darul Ulum dihadiri oleh tetamu jemputan, pensyarah, mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum, kakitangan Kolej Islam Darul Ulum dan Pejabat Muassasah Darul Ulum.
Antara jemputan VVIP yang hadir adalah YB Dato' Dr Abdul Isa Bin Ismail, Speaker DUN Kedah merangkap Setiausaha Majlis Muassasah Darul Ulum, Ustaz Haji Zawawi Bin Haji Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Islam Darul Ulum, Tuan Haji Che Din Bin Arshad, Pendaftar Kolej Islam Darul Ulum.
Program ini dimulakan dengan ucapan YB Dato' Speaker yang melahirkan rasa gembira dengan penganjuran program ini,"Rumah Terbuka Aidilfitri adalah sebagai platform mengeratkan hubungan di antara kakitangan, pelajar dan warga Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum", ujar beliau. Selain itu, dalam ucapan beliau juga menyebut bahawa Aidilfitri merupakan satu kemenangan yang diberikan Allah kepada hamba-hambanya yang berjaya menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.
Pengarah program, saudara Mohd Hanifi Bin Haji Ahmad Jamaludin merangkap Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan Teknologi Maklumat melahirkan rasa gembira dengan berjayanya penganjuran program ini pada tahun ini, "Program seumpama ini merupakan kesinambungan dari tahun-tahun sebelum ini dalam kita meraikan Aidilfitri di samping program ini dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan warga Kolej Islam Darul Ulum dan Pejabat Muassasah Darul Ulum". Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua Panitia Program yang bertungkus lumus memastikan kelancaran program ini.
Antara menu yang menjadi santapan tetamu di Rumah Terbuka ini adalah Satay Ayam, Nasi Arab, Koey Teow Goreng, Cucur Udang, Ketupat, Lemang dan sebagainya.

Pihak Admin memohon kemaafan atas kelewatan memuatkan berita ini disebabkan faktor teknikal.

Comments

Popular posts from this blog

Ketua Pegawai Eksekutif KIDU

 

Sekitar Program Haul

 

PROGRAM BERKEMBAR KOLEJ ISLAM DARUL ULUM DAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU MAC 2011

Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar. Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jin...