Skip to main content
Pertemuan Wakil KIDU dengan Dekan Fakulti Syariah IAIN Raden Fatah, Palembang.




Pada 5 Oktober yang lalu, pihak Kolej Islam Darul Ulum yang diwakili oleh Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan Teknologi Maklumat, saudara Mohd Hanifi telah mengadakan pertemuan dengan Dekan Fakulti Syariah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang. Pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana yang harmoni. Di awal pertemuan, pihak KIDU menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak IAIN Raden Fatah yang menerima lepasan mahasiswa KIDU ke IAIN Raden Fatah terutama di Fakulti Syariah. Pada tahun ini, kumpulan ketiga mahasiswa KIDU yang menyambung pengajian di sini. Selain itu, turut dibincangkan beberapa perkara untuk mengukuhkan hubungan di antara kedua pihak. Antaranya program pertukaran pelajar, pertukaran pensyarah dan sebagainya.
Pihak Fakulti Syariah IAIN Raden Fatah yang diwakili oleh Dekannya, Prof Dr Duski Ibrahim menyampaikan ucapan jutaan terima kasih kepada KIDU kerana sudi menghantar pelajar lepasannya untuk menyambung pengajian di sini. Ini membuktikan hubungan dua pihak yang sangat akrab dan kukuh. Beliau juga menyampaikan ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar KIDU yang menyambung pengajian di sini dan berjaya menamatkan pengajian pada tahun ini. Di akhir pertemuan, pihak KIDU telah menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Dekan Fakulti Syariah, Prof Dr Duski Ibrahim.

Comments

Popular posts from this blog

Ketua Pegawai Eksekutif KIDU

 

Sekitar Program Haul

 

PROGRAM BERKEMBAR KOLEJ ISLAM DARUL ULUM DAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU MAC 2011

Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar. Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jin...