Skip to main content

Posts

Kem Bahasa Arab Peringkat Rendah

LAWATAN PERSATUAN KEBAJIKAN SISWA UTARA (PAKSU) DARUL QURAN, JAKIM KE KOLEJ ISLAM DARUL ULUM

Pihak Kolej Islam Darul Ulum telah menerima kunjungan pelajar dari Darul Quran, Jakim ke sini pada khamis 13 Oktober yang lalu. Program yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Siswa Utara atau singkatannya PAKSU disertai seramai 88 orang pelajar terdiri dari 44 orang lelaki dan 44 orang perempuan. Rombongan dan lawatan ini dalam rangka menziarahi institusi pengajian yang ada di negeri Kedah samada institusi pengajian tinggi atau rendah. Rombongan ini disambut oleh Saudara Mohd Hanifi Bin Haji Ahmad Jamaludin selaku Penolong Pendaftar Kolej Islam Darul Ulum dan Ustaz Abdul Manan Bin Abdul Aziz. Ustaz Abdul Ghani Bin Abdullah selaku Pemangku Pendaftar mengucapkan selamat datang kepada ahli rombongan yang berkunjung ke Kolej Islam Darul Ulum. “KIDU telah ditubuhkan hasil dari perjuangan dari pengorbanan masyarakat yang ingin melihat satu institusi pendidikan Islam di Kedah dibina. Malah KIDU dibayai sepenuhnya oleh masyarakat Islam seluruh Malaysia dengan harapan agar para pelajar ya...

MAJLIS BACAAN YASIN MENGHADAPI PEPERIKSAAN STAM 2011

Kolej Islam Darul Ulum melalui Pejabat Penolong Pendaftar Hal Ehwal Akademik telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin untuk para pelajar program STAM yang akan menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini. Seramai 104 orang pelajar yang mendaftar program STAM di KIDU akan mula menduduki peperiksaan pada minggu ini. Majlis bacaan yasin ini diketua oleh al-Fadhil Ustaz Ahmad Abdullah selaku Pengarah Akademik KIDU memohon kepada Allah S.W.T agar memberikan kejayaan kepada para pelajar di dalam menghadapi peperiksaan tersebut. Tahun ini merupakan tahun kedua KIDU menjadi pusat peperiksaan STAM. Pihak KIDU mendoakan agar para pelajar dapat menjawab dengan baik di dalam pereriksaan kali ini seterusnya beroleh kejayaan yang membanggakan.

KEM BAHASA ARAB PERINGKAT RENDAH 2011 KEMBALI lAGI.......

Kem Bahasa Arab Peringkat Rendah yang dianjurkan oleh Kolej Islam Darul Ulum kembali menghiasi musim cuti sekolah pada tahun ini. Pada tahun lalu, program ini tidak dapat dianjurkan atas beberapa sebab teknikal. Namun, dengan permintaan dan rasa tanggungjawab, Pentadbiran Kolej Islam Darul Ulum bersetuju untuk menganjurkan semula dengan penambahan serta penambah baikkan dari pelbagai sudut agar para pelajar yang menyertai program ini akan bertambah ilmu dan pengalaman. Program Kem Bahasa Arab peringkat rendah pada tahun ini akan bermula pada 27 November 2011 hingga 18 Disember 2011. Program selama 21 hari ini akan menekankan beberapa aspek sebagai silibus kem. Aspek-aspek tersebut adalah Penguasaan Bahasa Arab dari sudut penulisan, pemahaman dan pembacaan. Aspek lain yang ditekankan adalah fardhu ain dan asas-asas kepimpinan selain sesi hafalan al-Quran. Program ini hanya menerima 80 orang pelajar sahaja untuk diasuh dan dididik oleh guru-guru berpengalaman lepasan dari timur tengah. ...

GRADUAN RAMADHAN

1 Syawal – Beberapa hari sahaja lagi kita akan meninggalkan ramadhan . Bulan barakah bulan yang sangat istimewa. Ramadhan seumpama madrasah yang mengandungi kurikulum dan sukatannya yang tersendiri yang disediakan oleh Tuhan Rabul Jalil bagi mendidik siswa - siswinya dengan pakej yang begitu unik bagi lahir sebagai mahasiswa yang cemerlang dengan anugerah “ Takwa “ pada hari konvokesyennya di bulan sywal. Berapa ramai siswa siwi madrasah ramadhan yang tidak berjaya dijemput untuk menerima ijazah pada hari konvokesyennya kerana tidak lulus dan perlu mengulang semula pada tahun yang seterusnya. Semoga kita semua layak menerima anugerah di konvokesyen ramadhan dan merasa gembira dengan penuh syukur seperti Sabda Nabi saw “ Bagi yang berpuasa dua kegembiraan , pertama hari raya kedua bertemu Tuhan di syurga “ Apa yang penting latihan ramadhan selama sebulan adalah contoh diari muslim yang diredhai Alah, maka teruskan diari dan takwim ramadhan ini sepanjang hidup...

IFTOR JAMAI’I KAKITANGAN DAN PELAJAR KOLEJ ISLAM DARUL ULUM

Berbaki seminggu bulan yang mulia, Ramadhan al-Kareem akan melabuhkan tirainya bagi tahun ini, Kolej Islam Darul Ulum telah menganjurkan program berbuka bersama pada 22 Ogos yang lalu. Program ini melibatkan semua jemputan kakitangan pentadbiran dan akademik KIDU serta para pelajar di semua peringkat. Program yang berlangsung di Terap Inn, Kuala Nerang dalam suasana yang ceria dan meriah. Dimulakan dengan ucapan Ustaz Abdul Ghani Abdullah selaku Pemangku Pendaftar Kolej Islam Darul Ulum. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan dan pelajar yang hadir pada majlis ini. Majlis ini juga merupakan majlis menghargai pensyarah dan pelajar yang telah bertungkus lumus menjayakan program Pesta dan Majlis Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum pada 28 hingga 30 Julai yang lalu. Program tersebut yang berlangsung meriah menunjukkan kesepakatan yang terjalin kukuh di Kolej Islam Darul Ulum selain kerjasama yang cuk...

Mengembalikan kegemilangan legasi Dato' Ustaz Fadzil Mohd Noor

Artikel Sumbangan Harakah  Oleh  IZWAN ABDUL HALIM izwan@harakah.net.my   Menginjak kaki ke lapangan Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena menghadirkan rasa tenang yang mendamaikan walaupun di balik kedengaran suara-suara garau lantunan isu kitab  turath . Dalam asyik bola mata melihat sergaman indah perkampungan ilmu tersebut, tidak lupa di sana juga hening pusara yang bersemadi jasad insan kesayangan ramai; Almarhum Dato’ Ustaz Fadzil Mohd Noor. Segera gambaran lalu melintas di tabir ingatan mata dan tanpa semena-mena tangisan mula mengesak, terasa seperti adanya kehilangan besar dijiwa. Tentunya perasaan itu jauh lebih membungkam di hati mereka yang pernah bersama Almarhum dalam perjuangan ini. Setidak-tidaknya mengimbau kebangkitan untuk mempertahankan tanah Muassasah dari dirampas pemerintah zalim ketika itu. Ada yang diseret kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan sebahagian dari mereka telah pun per...