Siri Wacana Akademik Kolej Islam Darul Ulum 2013. Siri 1 : Syiah dan Krisis di Syria Perdaftaran dibuka sekarang. Hubungi kami di 04 – 7825754( Pejabat),012-5642132( Pen. Pendaftar ). http:// www.kidu-darululum.blogspot.com

Monday, March 11, 2013

Pendaftaran Kem Bahasa Arab Timur Tengah Lancar


11 Mac – Kolej Islam Darul Ulum yang memfokuskan kepada peningkatan pengetahuan Bahasa Arab menganjurkan Kem Bahasa Arab Persediaan Timur Tengah tahun 2013. Kem yang bermula pada 11 mac hingga 8 Julai 2013 menyasarkan para pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke Universiti di Timur Tengah khususnya Universiti Al-Azhar dan lain-lain universiti termasuk di dalam negara.  Pendaftaran yang bermula pada 11 mac mendapat sambutan para pelajar lepasan STAM dan SPM apabila pendaftaran yang diterima adalah di luar jangkaan. Bermula tahun ini, tempoh pengajian bagi kursus ini telah dilanjutkan kepada selama 4 bulan berbanding sebulan pada tahun-tahun sebelumnya. Selain itu, Kem ini mendapat sentuhan dan idea khusus dari YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak yang mengharapkan dengan penganjuran kem bahasa Arab ini akan mampu memberikan persediaan yang lebih baik buat para pelajar khususnya anak negeri Kedah yang bakal melanjutkan pengajian di Timur Tengah.

Kem ini akan menekankan beberapa aspek dalam penguasaan bahasa Arab. Lebih menarik, kem ini juga akan memberi pendedahan berkaitan ilmu-ilmu asas sebelum para pelajar mendaftarkan diri di fakulti pilihan di universiti. Sebagai contoh, sekiranya pelajar tersebut memilih untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang syariah, maka pelajar tersebut akan didedahkan berkenaan ilmu yang bakal dipelajari di fakulti tersebut. Para pelajar juga akan diberi pendedahan berkenaan soalan dan kaedan menjawab peperiksaan kemasukan ke Universiti Al-Azhar.

Dengan yuran yang berpatutan iaitu hanya RM 350 sebulan merangkumi pengajian, makanan dan penginapan selain tambahan RM 200 untuk yuran pendaftaran dan buku bagi bulan pertama. Diharapkan para pelajar yang mendaftar untuk mengikuti pengajian di Kem ini akan memperolehi ilmu yang bermanafaat dan mampu di adaptasikan ketika melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi pilihan pelajar. Kepada para pelajar yang ingin menyertai kem ini, ianya masih dibuka dan pihak KIDU memperlawa kepada mana-mana pelajar untuk menyertai kem ini.

Monday, February 18, 2013

Dalami Bahasa Arab Di Kolej Islam Darul Ulum



Umum mengetahui betapa pentingnya penggunaan bahasa Arab dari dahulu sehingga kini. Malah ianya merupakan bahasa keilmuan. Tidak dapat dinafikan lagi, bahasa Arab mendominasi kitab-kitab Islamiyah baik dalam bidang syariah mahupun usuluddin. Selain faktor tersebut, kebanyakan universiti yang menumpukan pengajaran bidang-bidang agama menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Malahan kecenderungan para pelajar agama untuk menyambung pengajian di Universiti negara Timur Tengah menjadi salah satu faktor betapa pentingnya untuk mendalami dan memahami Bahasa Arab dengan begitu baik. Apa lagi sekarang ini dilihat, negara timur tengah juga mula merintis bidang-bidang selain agama yang mengguna bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Sebagai contoh, Universiti Al-Azhar telah membuka pengajian kedoktoran yang kelazimannya menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantar dan ianya berbeza dengan Universiti Al-Azhar yang menekankan penggunaan bahasa Arab.
Menjadi suatu kelaziman buat Kolej Islam Darul Ulum menganjurkan program kem-kem berorientasikan pengajaran dan pengukukuhan Bahasa Arab untuk pelbagai peringkat. Bermula dari peringkat rendah yang di anjurkan pada bulan November berakhir Disember pada setiap tahun. Kem yang memfokuskan penyertaan peserta yang berumur 8 hingga 16 tahun dengan matlamat dan tujuan serta harapan para peserta lepasan kem ini mampu mengadaptasikan bahasa Arab di sekolah masing-masing.
Kolej Islam Darul Ulum meneruskan tradisi penganjuran Kem Bahasa Arab buat peringkat menengah yang bermula pada setiap bulan Januari hingga Febuari saban tahun. Kem yang dibuka kepada para pelajar lepasan SPM dan STAM yang sedang menunggu keputusan masing-masing disamping mengisi masa cuti dengan mendalami bahasa ini. Menekankan penguasaan komunikasi, pembacaan dan pemahaman bahasa Arab.
Kem yang sangat penting buat para pelajar khususnya yang bakal menyambung pengajian di Timur Tengah, Kolej Islam Darul Ulum menganjurkan kem Bahasa Arab persediaan ke Timur Tengah. Bermula tahun 2013, tempoh kursus telah dilanjutkan kepada 4 bulan berbanding sebulan pada tahun-tahun yang berikut. Beberapa penambahbaikan agar lulusan kem ini mencapai  matlamat yang digariskan. Silibus yang bakal diguna adalah silibus dari Pusat Bahasa Arab Universiti Al-Azhar malah tenaga pengajar didatangkan khas dari universiti berkenaan. Selain itu, kem ini menekankan suasana arab dan fokus kepada soalan-soalan untuk ujian kelayakan Universiti Al-Azhar. Kem yang bermula pada 11 mac dan akan berakhir pada 8 Julai, dengan bayaran sebanyak RM 350 setiap bulan dihara mampu memberi pendedahan berkenaan Bahasa Arab agar para pelajar yang bakal menyambung pengajian di Timur Tengah dalam keadaan penuh bersedia dan akhirnya memperolehi kejayaan di sana. Maklumat lanjut, boleh menghubungi talian pejabat Kolej Islam Darul Ulum 04-7825754 atau 012-5642132.

Monday, February 4, 2013

Keputusan yang sangat mendebarkan..


30 Januari 2013 tarikh yang sangat ditunggu oleh para pelajar STAM seluruh Malaysia. Ia merupakan tarikh pengumuman keputusan peperiksaan bagi sijil yang dikhususkan kepada pelajar Islam sahaja. Memandangkan sijil ini telah diiktiraf setaraf matrikulasi, para pelajar sangat mengharapkan suatu keputusan yang membanggakan yang bakal diperolehi. Kesungguhan selama 10 bulan, diselang seli dengan amalan yang menguatkan jiwa, dikuatkan dengan doa dari keluarga terutama ibu ayah yang tercinta, para pelajar bersedia menerima apa jua keputusan yang bakal diperolehi oleh mereka.
62 orang calon yang menduduki peperiksaan sijil tersebut di Kolej Islam Darul Ulum secara mengikut kelas. Yang selebihnya adalah calon persendirian. Daripada jumlah tersebut, 2 orang pelajar telah memperolehi keputusan Mumtaz. Seramai 10 calon mendapat Jayyid Jiddan, 11 orang memperolehi Jayyid dan 7 orang mencatatkan keputusan Maqbul. Apa yang lebih membanggakan, seramai 6 orang pelajar Kemboja yang ditaja sepenuhnya telah mendapat keputusan cemerlang dan salah seorang pelajar terbaik STAM dengan memperolehi pangkat mumtaz.
Pihak KIDU mengucapkan jutaan tahniah kepada para pelajar yang telah Berjaya di dalam peperiksaan STAM 2012 dan diharapkan mampu mengadaptasikan segala ilmu yang diperolehi untuk kebaikan dunia dan akhirat. Manakala pelajar yang kurang bernasib baik, pihak KIDU berharap tidak ada istilah putus asa di dalam menggapai kejayaan dan teruskan usaha. KIDU memperlawa kepada para pelajar untuk mendaftar mengikuti pengajian di peringkat Diploma Syariah di Kolej Islam Darul Ulum. KIDU juga membuka peluang kepada para pelajar yang lulus 5 subjek STAM untuk mendaftar di peringkat Diploma di samping mengulang peperiksaan STAM di KIDU pada tahun 2013 atau 2014. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian pejabat Kolej Islam Darul Ulum 04-7825754 atau Ustaz Mohd Hanifi 012-5642132.

Monday, January 21, 2013

Daftar Segera.......


Monday, January 7, 2013

Makluman untuk Semua Permohonan STAM..


Untuk setiap e-permohonan untuk memohon program STAM 2013 di Kolej Islam Darul Ulum adalah dengan ini DIBEKUKAN untuk seketika bagi pengambilan tahun ini. Pihak Kolej Islam Darul Ulum berharap dan memohon agar para pelajar untuk terus datang ke Pejabat KIDU untuk pendaftaran. Ini kerana untuk setiap e-permohonan akan mengambil masa 2 minggu untuk penghantaran surat tawaran. Ini akan menyebabkan kelewatan untuk mengikuti pengajian STAM sesi ini. Sekian, terima kasih.

Saturday, January 5, 2013

Pendaftaran Pelajar STAM 2013 Memberansangkan


Seramai 55 orang pelajar lepasan SPM telah memohon dan mendaftar untuk mengikuti pengajian peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi 2013 di Kolej Islam Darul Ulum pada 1 Januari yang lepas. Jumlah ini sangat memberansangkan berbanding tahun-tahun sebelum ini. Majlis pendaftaran yang bermula pada jam 9.00 pagi berlanjutan hingga jam 4.00 petang.
Pada jam 11.00 pagi, para pelajar yang sudah dan belum mendaftar diberikan taklimat berkenaan program STAM bersama waris. Taklimat telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hanafi Bin Masri untuk penjelasan yang lebih berkenaan program ini.
Berbaki 25 tempat lagi, pihak Kolej Islam Darul Ulum masih membuka ruang untuk kepada para pelajar untuk mendaftar mengikuti program ini di sini. Pengambilan adalah sangat terhad iaitu hanya 80 tempat sahaja yang disediakan oleh para pelajar.

Tuesday, December 25, 2012

Kursus Bahasa Arab Rendah 2012 Menutup Tirai…



Sebulan yang penuh dengan segala aktiviti yang bermanafaat buat 40 orang peserta Kursus Bahasa Arab Peringkat Rendah anjuran Kolej Islam Darul Ulum. Program yang bermula pada 25 Nov sehingga 25 Disember telah mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Kolej Islam Darul Ulum.
Para pelajar yang mendaftar kursus ini telah diberi pelbagai pendedahan berkenaan bahasa Arab yang mampu menarik minat para pelajar untuk lebih mendalami bahasa tersebut. Ianya penting memandangkan bahasa Arab merupakan bahasa yang mampu memberikan kefahaman yang baik dalam mengetahui selok belok berkenaan agama Islam.
Selain penguasaan bahasa arab yang menjadi tumpuan, para pelajar ini juga didedahkan berkenaan fardhu ain yang menjadi asas perlaksaan ibadah agar segala yang di amalkan itu berlandaskan ajaran Islam yang sebenar.
Para pelajar juga disuntik dengan semangat motivasi agar mereka berdaya saing dalam pelajaran di sekolah masing-masing. Malah pemilihan tempat untuk slot motivasi dibuat diluar KIDU. Para pelajar ini juga dibawa melawat sekitar Alor Setar dan beberapa tempat menarik di Kedah sebagai salah satu aktiviti tetap peserta KBA setiap tahun.
Kenangan yang sangat istimewa yang diperolehi oleh para pelajar ini adalah kesudiaan YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah meluangkan masa untuk bertanya khabar dan makan bersama para peserta sempena kunjungan beliau ke Kolej Islam Darul Ulum. Malah, YAB Menteri Besar juga sudi untuk bergambar bersama peserta. Menunjukkan minat YAB Menteri Besar Kedah untuk melihat anak-anak pelajar yang berdaftar di sini menguasai dengan baik bahasa Al-Quran ini.
Semoga program-program sebegini akan sentiasa mendapat sambutan dari para pelajar dan waris.

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger