Skip to main content

Posts

Showing posts from 2022

Peperiksaan Semester

"Semoga semua pelajar yang sedang menduduki peperiksaan semester diberikan kekuatan dan kecemerlangan" Daripada :  Ustaz Abdul Ghani Abdullah   Pendaftar

Makan dan Ukhuwwah

Makan dan Ukhuwwah   Saidina Umar al-Khattab R.A pernah mengungkapkan bahawa kekuatan ukhuwah itu terbina dengan beberapa pendekatan antaranya  makan bersama ( JAMAEI  ), bermalam ( MABIT ) bersama dan jalan bersama ( JAULAH & REHLAH )   Insyalah pihak pengurusan KIDU akan terus membina roh mahabbah dan ukhuwwah warga kerja dan pelajar dengan program berkala dari masa ke semasa.   

Selamat Hari Kelahiran Insan Murabbi Kolej Islam Darul Ulum ( KIDU )

 

Majlis Kenduri Kesyukuran

Majlis Kenduri Kesyukuran melibatkan semua kakitangan dan warga kerja Sekolah Menengah Islam Darul Ulum ( SMIDU )  Kolej Islam Darul Ulum ( KIDU ) serta Pejabat Muassasah Darul Ulum          ( MDU ) serta para pelajar seramai 400 orang. Majlis dijayakan dengan sumbangan daging kurban daripada penyumbang yang budiman pada Aidil Adha yang lalu.  Matlamat program berasaskan 3 tunggak seperti berikut :  Ukhuwwah Fillah  Mengeratkan ukhuwwah dan mahabbah antara semua warga di bawah Muassasah Darul Ulum ( MDU ) kerana Allah  Thadhiah Sifat pengorbanan yang disemai bagi setiap warga muaasasah seperti pengorbanan binatang  ternakan dikorbankan kerana Allah maka manusia yang tentunya lebih hebat daripada binatang akan sentiasa  berkorban kerana Allah  khususnya dalam jihad taklimi. Mujahadah  Sifat utama yang perlu ada pada setiap muslim bagi membuktikan sayang kepada agama dan bukti cinta kepada Alah dan Rasul. Semoga semua warga muassasah menghayati makna dan konsep penganjuran program yan

Pelajar SPM, STAM dan TAMHIDI 2022

Ahlan wasahlan buat para pelajar ambilan SPM, STAM dan TAMHIDI. Pada hari Isnin 4 April 2022 Kolej Islam Darul Ulum telah mengadakan hari pendaftaran kemasukan pelajar baru. Selamat datang ke bumi tarbiyah Muassasah Darul Ulum. Pelajar yang mendaftar datang bukan sahaja dari negeri Kedah malah terdapat juga pelajar dari Selangor, Pulau Pinang dan Kemboja.