Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

KEM BAHASA ARAB DAN KELAS STAM

Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) akan menganjurkan Kem Bahasa Arab buat sekian kalinya. Program ini bermula pada 4 Januari sehingga 8 Februari 2011. Kem Bahasa Arab kali ini akan menyasarkan para pelajar lepasan SPM dan STAM. Ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar-pelajar lepasan SPM dan STAM sebelum menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, program ini juga bertujuan mengisi masa lapang para pelajar disamping menunggu keputusan peperiksaan SPM dan STAM dikeluarkan. Penolong Pendaftar Hal Ehwal Akademik, Ustaz Azamuddin b Abd Aziz berkata, “ Program ini merupakan kesinambungan dari tahun-tahun yang lepas. Program ini menekankan kaedah pembelajaran, penulisan dan pertuturan para pelajar untuk menguasai bahasa arab”. Beliau menambah lagi, dengan program ini, para pelajar yang ingin menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang agama mampu memahami penggunaan bahasa arab memandangkan buku-buku rujukan dalam bidang agama banyak tertumpu

Kelas STAM & Kem Bahasa Arab

MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI JINAN, LUBNAN.

Seramai lima orang mahasiswi lanjutan Kolej Islam Darul Ulum yang menyambung pengajian di peringkat ijazah tahun akhir di Universiti Jinan, Tripoli, Lubnan telah menerima ijazah pengajian Islam di sini pada 17 Julai 2010 yang lalu. Mereka ialah Roqaiyah bt Abd Wahab, Aishah bt Abidin, Azila bt Khamis, Mas Aida bt Musa dan Solehah bt Anuar. Kumpulan mahasiswi ini adalah kumpulan pertama pelajar dari KIDU yang menyambung pengajian di tahun akhir di Universiti Jinan dari program berkembar 3 + 1 antara Kolej Islam Darul Ulum dengan Universiti Jinan, Tripoli, Lubnan. Program berkembar ini membolehkan para pelajar KIDU yang memperolehi Diploma Pengajian Islam KIDU menyambung pengajian di tahun akhir di Fakulti Pengajian Islam dan Kesusasteraan dalam jurusan pengajian Islam. Pendaftar Kolej Islam Darul Ulum, Tuan Haji Che Din bin Arshad yang ditemui menyatakan rasa gembira dengan kejayaan pelajar-pelajar KIDU di Universiti Jinan. Ini membuktikan kemampuan pelajar-pelajar KIDU bersaing dengan

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KOLEJ ISLAM DARUL ULUM DAN PEPERIKSAAN TASFIAH.

Keputusan peperiksaan Kolej Islam Darul Ulum akan mula dikeluarkan pada hari Rabu 8 Disember 2010 bersamaan 2 Muharram 1432 H. Setiap pelajar diminta datang untuk menyemak keputusan masing-masing di pejabat Kolej Islam Darul Ulum dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.00 petang. Sila jelaskan yuran yang tertunggak sebelum menyemak keputusan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak akan dikeluarkan. Harap maklum. Peperiksaan ulangan (Tasfiah) akan bermula pada 12 Disember 2010. Para pelajar diminta datang untuk menyemak sendiri jadual peperiksaan Tasfiah di bahagian Akademik KIDU. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi pejabat KIDU 04-7825754 atau Penolong Pendaftar Akademik.

KUNJUNGAN KE MADRASAH MISBAHUL FALAH.

Kolej Islam Darul Ulum yang diwakili oleh Pendaftar, Tuan Haji Che Din bin Arshad telah mengunjungi Madrasah Misabahul Falah pada 11 November yang lepas dalam rangka mengeratkan hubungan antara dua Institusi pengajian agama di Kedah ini. Madrasah Misbahul Falah yang di asaskan oleh Tuan Guru Haji Omar Zuhdi telah sekian lama beroperasi di Parit Panjang, Baling. Sistem pengajian di Madrasah ini adalah mengekalkan kaedah pembelajaran yang asal seperti yang di ajar oleh pengasasnya. Madrasah ini yang lebih dikenali sebagai Pondok Lanai. Dalam kesempatan kunjungan kali ini, pihak KIDU telah menemui Pengetua Madrasah Misbahul Falah, Ustaz Mad Mukhtar, yang merupakan anak kepada Tuan Guru Haji Omar Zuhdi. Tuan Haji Che Din berucap di awal pertemuan dengan menceritakan sejarah penubuhan KIDU serta tujuan dan matlamat penubuhannya. Pada pertemuan ini juga, pihak KIDU telah menawarkan kepada lepasan Madrasah ini untuk menyambung pengajian di peringkat diploma di KIDU. Ustaz Mad Mukhtar yang mew

PROGRAM BERKEMBAR KOLEJ ISLAM DARUL ULUM DAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU MAC 2011

Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar. Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jin

Kem Cuti Sekolah 2010 di Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum

Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum dipilih sebagai lokasi penganjuran kem-kem sempena cuti sekolah kepada pelajar-pelajar sekolah menengah pada tahun ini. Penganjuran program yang dikelolakan oleh Unit Pembangunan Insan Kedah ini bertujuan mengisi masa cuti para pelajar dengan aktiviti yang berfaedah serta memberi manafaat dan kebaikan kepada mereka. Selain itu, ia bertujuan mengelakkan para pelajar dari terlibat dengan kegiatan yang melalaikan serta membawa kepada kerosakan. Antara slot yang ada pada kem kali ini adalah ceramah motivasi, pembelajaran kaedah solat yang betul dan sebagainya. Ibu bapa dijemput untuk menghantar anak-anak mereka ke kem-kem seperti berikut yang di anjurkan di Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum seperti berikut: Nama Kem : Kem Bina Insan Tarikh : 22 / 11 / 2010 sehingga 25 / 11 / 2010 Bayaran : RM 20.00 Tempat : Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum Peserta : Pelajar berumur 13,14 dan 15 Tahun Nama Kem : Kem Bina S

Mesyuarat Ikatan Kolej-Kolej Berkembar Antarabangsa (IKBA).

Kolej Islam Darul Ulum yang menganggotai Ikatan Kolej-kolej Berkembar Antarabangsa (IKBA) telah menghadiri mesyuarat IKBA pada 25 Oktober yang lalu. Mesyuarat kali ini bertempat di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Perta (KIAS), Nilam Puri Kelantan. KIDU telah diwakili oleh Penolong Pendaftar Pentadbiran dan HEP, Ustaz Abdul Ghani bin Abdullah dan Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan Teknologi Maklumat, saudara Mohd Hanifi bin Haji Ahmad Jamaludin. Pada mesyuarat kali ini, ahli mesyuarat telah sebulat suara melantik Dr Johari bin Mat, Pengarah KIAS sebagai Setiausaha Agung IKBA yang baru. Antara lain, pihak mesyuarat juga membincangkan beberapa hal untuk kebaikan bersama antara ahli ikatan dalam mengembangkan pendidikan kepada anak bangsa untuk masa depan yang lebih baik. Pihak KIDU mengucapkan Tahniah kepada Dr Johari bin Mat atas perlantikan beliau sebagai Setiausaha Agung IKBA.

Konvokesyen Insaniah – Graduan Lulusan KIDU.

Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kali ke 12 pada 18 hingga 20 Oktober 2010 yang telah dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Kedah, Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah menempah sejarah tersendiri bagi Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) apabila lulusan pertama KIDU dari program 3 + 1 telah mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan yang lepas. Mereka adalah saudara Mohd Hadi bin Rafei, saudara Mohd Ridwan bin Hasyim, saudara Zahir Zubairi bin Zainol dan saudara Mohd Hafiz bin Zakaria. Lulusan KIDU ini adalah kumpulan pertama yang menyambung pengajian di tahun akhir KUIN selepas menamatkan pengajian di peringkat diploma di KIDU. Penolong Pendaftar Pentadbiran dan HEP, Ustaz Abd Ghani bin Abdullah yang ditemui berkata, “Pihak Kidu berasa gembira dengan pencapaian pelajar-pelajar KIDU di KUIN dan ini membuktikan kemampuan lepasan KIDU untuk bersaing dengan mahasiswa-mahasiswa lain di peringkat ijazah. Selain mereka ber

KIDU Jadi Pusat Peperiksaan STAM

Pada tahun ini, KIDU telah dipilih menjadi Pusat Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Pemilihan ini berdasarkan pertambahan pelajar yang menduduki peperiksaan ini di kalangan mahasiswa KIDU dan persendirian. Pihak KIDU merasakan pemilihan KIDU sebagai pusat peperiksaan STAM merupakan suatu kepercayaan dan amanah dari Kementerian Pelajaran. Penolong Pendaftar Akademik, Ustaz Azamudin Abd Aziz melahirkan rasa gembira di atas pemilihan ini dan akan berusaha untuk melaksanakan kepercayaan ini dengan sebaiknya. Pemilihan ini akan memudahkan pelajar untuk menumpukan peperiksaan ini tanpa perlu berulang-alik ke tempat peperiksaan lain yang agak jauh dari KIDU. Peperiksaan STAM berlangsung dari 18 – 27 Oktober 2010. Pihak Pentadbiran KIDU mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon peperiksaan STAM. Kepada pelajar yang berminat untuk mengambil sijil STAM di KIDU, bolehlah menghubungi Pejabat KIDU di talian 04-7825754

Rumah Terbuka Aidilfitri 1431 H

Pihak pentadbiran Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) dengan kerjasama Pejabat Muassasah Darul Ulum telah menganjurkan Rumah Terbuka Ailifitri sempena musim perayaan Aidilfitri pada tahun ini. Program tersebut diadakan pada 29 September 2010 di perkarangan Kolej Islam Darul Ulum dihadiri oleh tetamu jemputan, pensyarah, mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum, kakitangan Kolej Islam Darul Ulum dan Pejabat Muassasah Darul Ulum. Antara jemputan VVIP yang hadir adalah YB Dato' Dr Abdul Isa Bin Ismail, Speaker DUN Kedah merangkap Setiausaha Majlis Muassasah Darul Ulum, Ustaz Haji Zawawi Bin Haji Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Islam Darul Ulum, Tuan Haji Che Din Bin Arshad, Pendaftar Kolej Islam Darul Ulum. Program ini dimulakan dengan ucapan YB Dato' Speaker yang melahirkan rasa gembira dengan penganjuran program ini,"Rumah Terbuka Aidilfitri adalah sebagai platform mengeratkan hubungan di antara kakitangan, pelajar dan warga Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum", ujar

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA REKTOR IAIN RADEN FATAH, PALEMBANG, REPUBLIK INDONESIA

Majlis Ramah Mesra antara Wakil KIDU, Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan Teknologi Maklumat, Saudara Mohd Hanifi bersama Rektor IAIN Raden Fatah, Palembang, Prof Dr Aflatun Muchtar, M.Ag di adakan pada 6 Oktober 2010 yang lalu. Majlis ini berlangsung di Ruangan Rektor IAIN Raden Fatah, Kantor Pusat. Inisiatif majlis ini di anjurkan memandangkan wakil KIDU berada di Palembang dalam rangka menghantar kumpulan ketiga lepasan KIDU menyambung pengajian di tahun akhir di sini. Pada Majlis tersebut, pihak KIDU dan IAIN Raden Fatah sempat membincangkan beberapa hal untuk mengukuhkan hubungan kedua belah pihak. Antara hal yang dibincangkan adalah pertukaran pelajar tahun akhir melibatkan kedua-dua institusi pengajian tinggi ini. Program pertukaran ini dicadangkan untuk dimulakan pada sesi pengajian ini dan melibatkan pelajar-pelajar yang berprestasi tinggi. Tujuan program ini adalah memberi pengalaman dan ilmu berkaitan dakwah dan keilmuan melibatkan dua Negara iaitu Malaysia dan Indonesi
Pertemuan Wakil KIDU dengan Dekan Fakulti Syariah IAIN Raden Fatah, Palembang. Pada 5 Oktober yang lalu, pihak Kolej Islam Darul Ulum yang diwakili oleh Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan Teknologi Maklumat, saudara Mohd Hanifi telah mengadakan pertemuan dengan Dekan Fakulti Syariah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang. Pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana yang harmoni. Di awal pertemuan, pihak KIDU menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak IAIN Raden Fatah yang menerima lepasan mahasiswa KIDU ke IAIN Raden Fatah terutama di Fakulti Syariah. Pada tahun ini, kumpulan ketiga mahasiswa KIDU yang menyambung pengajian di sini. Selain itu, turut dibincangkan beberapa perkara untuk mengukuhkan hubungan di antara kedua pihak. Antaranya program pertukaran pelajar, pertukaran pensyarah dan sebagainya. Pihak Fakulti Syariah IAIN Raden Fatah yang diwakili oleh Dekannya, Prof Dr Duski Ibrahim menyampaikan ucapan jutaan terima kasih kepada KIDU kerana sudi meng

KUMPULAN KETIGA LEPASAN KOLEJ ISLAM DARUL ULUM KE IAIN RADEN FATAH

Kolej Islam Darul Ulum yang menjalin hubungan kerjasama dengan pihak Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Republik Indonesia telah menghantar lepasannya buat kali ketiga sepanjang dua tahun yang lepas. Seramai 2 orang lepasan KIDU iaitu Ahmad Muddatsir bin Ayob dan Mohamad Ezry bin Che Dan menyambung pengajian di tahun akhir di IAIN Raden Fatah. Rombongan pelajar ini dihantar oleh Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan Teknologi Maklumat KIDU, saudara Mohd Hanifi bin Hj Ahmad Jamaludin berangkat pada 3 Oktober yang lepas dari LCCT dan transit di Jakarta sebelum meneruskan penerbangan ke Palembang. Sesampai di Palembang, para pelajar ini langsung ditempatkan di Asrama IAIN Raden Fatah. Lepasan kali ini menyambung pengajian di jurusan Perbandingan Mazhab dan Hukum di Fakulti Syariah. Mereka yang ditemui merasa gembira dapat menyambung pengajian di sini dan mengharapkan agar dapat menimba ilmu dan pengalaman yang sebaiknya sebagai bekalan pulang ke Malaysia
Ustaz Zawawi bin Hj Ahmad memberi ucapan dan penerangan Pelajar-pelajar 3 Thanawi SMIDU MAJLIS PERTEMUAN PENTADBIRAN KOLEH ISLAM DARUL ULUM DAN PELAJAR 3 THANAWI SEKOLAH MENENGAH ISLAM DARUL ULUM. 30 September yang lalu, pihak Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) telah mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar tahun akhir (3 thanawi) Sekolah Menengah Islam Darul Ulum (SMIDU). Pertemuan ini bertujuan menerangkan dan menjelaskan lebih terperinci berkaitan program-program yang ditawarkan di KIDU selain menjelaskan berkaitan pentadbiran KIDU. Program ini di anjurkan memandangkan pelajar-pelajar SMIDU tersebut merupakan pelajar tahun akhir yang akan menduduki peperiksaan Syahadah Thanawiyah dan akan menyambung pengajian di Pusat Pengajian Tinggi. Inisiatif ini di ambil oleh Jabatan Perhubungan Awam dan Teknologi Maklumat bertujuan agar lepasan SMIDU menyambung pengajian di KIDU. Ini selaras dengan struktur yang sedia ada iaitu lepasan SMIDU menyambung pengajian di KIDU. Pada per

Kursus Intensif Bahasa Arab & Al-Quran

HAFLAH AIDILFITR KIDU 2010

RABU 29 SEPTEMBER 2010 12.30 TGH HALAMAN KIDU TETAMU JEMPUTAN : 1.Setiausaha Majlis Muassasah 2.Pengerusi Majlis KIDU 3. Adun Bukit Lada 4. Kakitangan Sek. Men. Islam Darul Ulum Agenda - Ucapan Dato' Setiausaha - Jamuan - Bersurai Gambar program akan menyusul
Lawatan Yayasan Amal Sabah & Sarawak Ke Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum. Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum yang menempatkan Kolej Islam Darul Ulum dan Sekolah Menengah Islam Darul Ulum telah menerima kedatangan tetamu dari Yayasan Amal Sabah dan Sarawak pada 7 September 2010 yang lepas. Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum merupakan salah satu tempat destinasi rombongan ini di negeri Kedah selepas mereka berkunjung ke negeri Terengganu dan Kelantan. Rombongan ini bertujuan memberi pendedahan kepada ahli rombongan tentang sejarah dan perkembangan Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum yang di asaskan oleh Almarhum Mantan Presiden PAS, Almarhum Dato' Hj Fadzil Mohd Noor. Rombongan seramai 26 orang ini diketuai oleh Ust Jamil dan disertai oleh peserta yang berasal dari Sabah dan Sarawak yang sedang mengikuti program pemantapan dakwah di Selangor di bawah seliaan Yayasan Amal Malaysia. Pihak Kolej Islam Darul Ulum diwakili oleh Penolong Pendaftar Perhubungan A

SALAM AIDILFITRI

Salam aidilfitri kepada semua pengunjung portal, semoga Allah swt menerima amalan yang dilakukan sepanjang ramadhan pada tahun ini. Jadilah aktiviti dan takwinm ramadhan adalah model kehidupan mukmin yang soleh sepanjang masa. Ramadhan memberi kekuatan menjadi muslim sejati. Ia datang dengan pakej yang lengkap bagi diikuti dan dilaksanakan kehidupan berasaskan ubudiyyah. Segala amal didalamnya mendapat kerberkatan daripada Allah swt. Moga ramadhan pada tahun adalah yang terbaik kita laksanakan dan 1 syawal kita menyambut kemenangan dan kegembiraan. Salam hormat daripada kami Pentadbiran KIDU Maaf Zahir dan Batin

Muhasabah Ramadhan

Alhamdulillah kita kini berada pada fasa ketiga dalam perjalanan Tarbiah Ramadhan. Fasa yang begitu penting iaitulah janji Allah sebagai pembebasan daripada api neraka. Ketika saat ini juga kita diuji dengan kesibukan yang hanya bersifat sementara bagi persediaan hari raya dan tidak dapat memberi fokus kepada perlaksanaan ibadah secara bersungguh- sungguh. Sedangkan waktu inilah kita perlu maksimumkan usaha dan amal kita bagi mencari redha Allah dan beroleh apa yang dijanjikan Allah swt termasuk Lailatul Qadr yang begitu bermakna Semoga ramadhan pada tahun ini kita lakukan yang terbaik.

TAZKIRAH RAMADHAN

Menterjemah hikmah ramadhan dalam kehidupan seharian Isnin, 23 Ogos 2010 13:23 - Sumber : Warta Kedah .net PUASA menurut syariat adalah menahan diri daripada perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dengan disertai dengan niat kepada Allah. Semua perintah Allah yang disyariatkan pastinya mempunyai faedah dan manfaatnya, begitu juga dengan segala laranganNya yang pasti ada kemudaratannya. Dari segi kesihatan, puasa dapat menghindarkan penyakit. Sepertimana kita tahu, dewasa ini manusia meninggal dunia disebabkan oleh pemakanan. Hadis Nabi juga menyebut bahawa ‘perut adalah rumah penyakit dan puasa adalah raja segala ubat’. Seharian kita berpuasa telah mendidik perut kita hanya menerima makanan pada masa yang ditetapkan sahaja. Jika hari-hari biasa, merata tempat kita manusia menikmati hidangan makanan tanpa mengira masa selagi mata belum terpejam. Jadi perut pun bekerja tanpa rehat. Para penyelidik ilmu perubatan juga mengakui bahawa pua

ZIARAH PROF. HABIB MEDIU KE KIDU

ZIARAH MAQAM MURABBI USTAZ FADHIL NOOR

LAWATAN PEMUDA PAHANG

LAWATAN ULAMAK LUBNAN KE KIDU

TAHLIL SEMPENA PEMERGIAN 8 TAHUN AL-MARHUM USTAZ FADHIL MOHD NOOR

KIDU sekali lagi menganjurkan Majlis Tahlil sempena pemergian 8 tahun al-Marhum Ustaz Fadhil Noor pengasas Muassasah Darul Ulum dan Presiden PAS. Program yang akan dimulakan selepas solat maghrib dab disudahi dengan slide tayangan sumbangan al-Marhum dikendalikan oleh Persatuan Mahasiswa KIDU. Tahlil juga dica untuk semua arwah yang sumbangkan oleh waris melalui borang yang disediakan dan kepada seluruh pejuang Islam. Al-Fatihah Catatan tentang al-Marhum ALMARHUM USTAZ FADHIL NOOR YANG SENTIASA DIRINDUI Aku kenal perjuangan PAS secara jelas menerusi Ust Fadhil. Terima kasih kepada Rasydan dan Muhaimeen yang kenalkan aku kepada Ust Fadhil ketika mula mula aku pijak universiti dulu. Hampir setiap minggu, pasti ada nasihat yang Ust Fadhil titipkan kepada kami bertiga. Paling kurang pun Ust Fadhil akan pesan “Tunaikan solat kerana solat itu amanah Allah swt supaya kita layak digelar hamba-Nya”. Ust Fadhil pesan – “Jangan masuk PAS kalau hampa cari dunia. Jangan panggil diri hampa pejuang I

Lawatan Dr Habeb MEDIU

Pada 15 Jun yang lalu KIDU menerima tetamu daripada Madinah International University iaitu Dr. Habeeb Rahman Bin Md. Ibramsa. Belaiu dalam rangka ziarah mahabbah ke pusat pengajian Islam di utara juga mengadakan ziarah dengan pihak Insaniah, Madrasah Al-Maad dan IPTIPs di Perlis. Pihak KIDU berbesarhati menerima kunjungan beliau semoga hubungan KIDU dan MEDIU akan terjalin khususnya dalam mempertingkatkan pembelajaran Bahasa Arab di KIDU. Dr Habeb bersetuju membantu KIDU khususnya dalam perkara tersebut dan akan mempertimbangkannya. Maklumat berkaitan MEDIU boleh layari http://www.mediu.edu.my/

Program Ditawarkan

PROGRAM SYARAT KEMASUKAN Pra-STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) Lepasan SPM aliran agama ATAU lulusan sekolah Tahfiz ATAU lulusan sekolah pondok ATAU lulusan Sekolah Menengah Harian (Kelas aliran agama) STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) Lepasan SPM aliran agama ATAU lulusan sekolah Tahfiz ATAU lulusan sekolah pondok ATAU lulusan Sekolah Menengah Harian (Kelas aliran agama) Ijazah Sarjana Muda Syariah (3+1) dengan kerjasama: Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah Palembang, Indonesia (Fakultas Syariah).   Universiti Jinan Lubnan (Kuliyyah Kesasteraan dan Sains Manusia). Lepasan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia)

Usrah Bersama Murabbi

Alhamdulillah .. hari ini Rabu 26 Mei telah dijalankan program usrah pelajar bersama murabbi di kalangan pensyarah. Bimbingan dalam bentuk usrah yang berlangsung selama sejam itu mampu mengenalpasti potensi pelajar, kelemahan dan usaha ke arah meningkatkan kualiti diri di sudut kecemerlangan akademik dan sakhsiah. Porgram anjuran Hal Ehwal Pelajar itu dirasakan satu keperluan dan diadakan dari masa ke semasa sebagai usaha mendekatkan pelajar dan pensyarah ke arah menjana pelajar sebagai pimpinan dan ulama' masa depan.

Pendaftaran Baru

Program Pra - STAM Program Ijazah Syariah ( 3 + 1 ) Hubungi Talian Berikut : 04 - 7825754 ( Pejabat ) 04 - 7824070 ( Fax ) 019 - 4515065 ( Pendaftar ) 010 - 3784267 ( Pen Pendaftar Pentadbiran ) 012 - 5779761 ( Pen. Pendaftar Akademik ) Tarikh Tutup Pendaftaran : 24 Jun 2010

Kelas Pra - STAM

Kolej Islam Darul Ulum ( KIDU ) akan memulakan kelas Pra - STAM bermula Julai 2010 dan permohonan dibuka kepada semua calon khususnya lepasan SPM yang kurang keupayaan dalam Bahasa Arab bagi menduduki peperiksaan STAM pada tahun 2011. Modul yang akan digunakan adalah mengikut modul intensif Bahasa Arab meliputi pengukuhan perbendaharaan bahasa, percakapan, penulisan dan tatabahasa. Modul yang gubal adalah gabungan modul dari Pusat Bahasa dalam dan luar negara. Pelajar akan mengikuti intensif selama 6 bulan sebelum mendaftar sebagai calon STAM dan menduduki peperiksaan tahun 2011 yang akan dijalankan di KIDU. Pihak KIDU sudah menganjurkan Kursus Bahasa Arab selama 5 tahun bagi lepasan sekolah rendah dan menengah. Jesteru pengalaman yang ada mampu membentuk dan mendidik pelajar menguasai Bahasa Arab dalam tempoh tersebut walaupun tidak mempunyai asas yang kuat. Gabungan pengalaman dan prasarana yang ada sekurangnya mampu mencapai hasrat dan matlamat tersebut.

Sekitar Aktiviti Pelajar

1. Ust Abdullah Penasihat Unit Sukan 2.Acara padang 3&4 Sekitar Seminar Organisasi 5. Penceramah Seminar Organisasi

Pendaftaran Sesi Julai 2010

Sesi Pengajian bermula 4 Julai 2010 . Kepada calon yang berminat untuk mengikuti mengikuti program pengajian Islam ( Syariah ) 3 + 1 sila daftar segera. Terbuka kepada calon lepasan STAM. Bagi calon yang gagal sebahagian subjek juga boleh memohon untuk kemasukan bersyarat. Hubungi talian berikut : 04 - 7825754 atau 010 - 37842567 ( Pen. Pendaftar ) Bersama kami menjana ulamak amilin

Rektor INSANIAH Pengerusi Jawatankuasa Mengkaji Sistem Pengajian dan Pentadbiran KIDU.

INSANIAH, 4 Mei, 2010 (Selasa): Rektor Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH), Profesor Dato’ Dr Jamil Osman, dilantik kerajaan negeri Kedah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Mengkaji Sistem Pengajian dan Pentadbiran Kolej Islam Darul Ulum (KIDU). Jawatankuasa berkenaan ditubuhkan untuk memajukan kurikulum KIDU yang diterajui Dato’ Dr Harun Din yang bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kecil Akademik pusat pengajian itu. Dalam pertemuan dan perbincangan yang diadakan di INSANIAH baru-baru ini, ahli jawatankuasa menumpukan kepada objektif menggubal sukatan kursus tafaquh yang dijadualkan bermula pada 2011. Manakala antara konsep yang turut ditekankan ialah pembacaan kitab terpilih secara menyeluruh dan mensyaratkan penuntut perlu menamatkannya mengikut sukatan. Kerjasama antara INSANIAH dengan KIDU bakal menemukan dimensi cemerlang masa depan berikutan pengalaman dimiliki Profesor Dato’ Dr Jamil dalam bidang berkaitan sangat membantu. Warga INSANIAH mengucapkan syabas kepada Dat

Taklimat Khas STAM

Ustaz Zahir Osman dijemput bersama bagi menjelaskan perjalanan peperiksaan STAM . Bermula dari persediaan , ujian lisan dan pemarkahan Semoga pelajar dapat memahami dan membuat persediaan secukupnya bagi menghadapi peperiksaan tersebut pada oktober ini.