Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

KUNJUNGAN KIDU BERSAMA ROMBONGAN IKBA KE THAILAND

Kolej Islam Darul Ulum yang menganggotai Ikatan Kolej Berkembar Antarabangsa (IKBA) telah mengikuti rombongan ke Negara jiran, Thailand pada 19 dan 20 Mei yang lalu. Program ini merupakan program susulan selepas Persidangan Meja Bulat Pegawai Tinggi IKBA dan Mesyuarat Agung IKBA yang diadakan di Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Program lawatan ini dianjurkan oleh tuan rumah Mesyuarat Agung IKBA. Pihak KIDU diwakili oleh Ustaz Abdul Ghani Bin Abdullah selaku Pendaftar, Saudara Mohd Hanifi Bin Haji Ahmad Jamaludin, Penolong Pendaftar dan Ustaz Mohd Firdaus Bin Hat, Penolong Pensyarah. Ahli rombongan berkumpul di KUIN pada jam 8.30 pagi dan kemudian berangkat menuju ke Bukit Kayu Hitam menaiki bas. Selepas memasuki Thailand, ahli rombongan telah dibawa melawat Pusat Islam Songkhla. Setibanya di sana, ahli rombongan telah disambut oleh Ustaz Haji Hashim selaku Timbalan Yang Di-Pertua Pusat Islam Songkhla. Selain itu, beberapa pimpinan Pejabat Sheikhul Islam juga menyambut ahli romb

Sambutan 10 Tahun Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum

Kolej Islam Darul Ulum akan menganjurkan Majlis Konvokesyen Kali Ke 10 bermula dari 28, 28 hingga 30 Julai 2011 (Khamis hingga Sabtu). Pelbagai acara menarik telah disusun atur oleh pihak urusetia penganjuran. Majlis ini akan dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohamed Taulan Bin Mat Rasul, 28 Julai 2011. Antara program yang telah dirancang dan akan diadakan adalah Pertandingan Dalam Dewan melibatkan pertandingan pidato, kuiz, sajak, nasyid, tilawah dan hafalan. Manakala acara padang pula melibatkan pertandingan bola sepak 8 sebelah, gusti lengan, tarik tali, sepak raga bulat dan memasak. Pertandingan ini akan disertai para pelajar sekolah-sekolah agama seluruh negeri Kedah terdiri sekolah-sekolah di bawah pengurusan HESA, SAR dan Maktab Mahmud. Pada sebelah malam, majlis ini akan diserikan dengan kuliah maghrib oleh penceramah-penceramah terkenal. Selepas isya’, akan diadakan Ceramah Perdana yang akan menampilkan pimpinan utama PR. Antara yang dijangka hadir ialah YB Dato’ Seri Tuan Gur