Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Kursus Bahasa Arab Rendah 2012 Menutup Tirai…

Sebulan yang penuh dengan segala aktiviti yang bermanafaat buat 40 orang peserta Kursus Bahasa Arab Peringkat Rendah anjuran Kolej Islam Darul Ulum. Program yang bermula pada 25 Nov sehingga 25 Disember telah mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Kolej Islam Darul Ulum. Para pelajar yang mendaftar kursus ini telah diberi pelbagai pendedahan berkenaan bahasa Arab yang mampu menarik minat para pelajar untuk lebih mendalami bahasa tersebut. Ianya penting memandangkan bahasa Arab merupakan bahasa yang mampu memberikan kefahaman yang baik dalam mengetahui selok belok berkenaan agama Islam. Selain penguasaan bahasa arab yang menjadi tumpuan, para pelajar ini juga didedahkan berkenaan fardhu ain yang menjadi asas perlaksaan ibadah agar segala yang di amalkan itu berlandaskan ajaran Islam yang sebenar. Para pelajar juga disuntik dengan semangat motivasi agar mereka berdaya saing dalam pelajaran di sekolah masing-masing. Malah pemilihan tempat untuk slot motivasi dibuat diluar KI

Program Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

Tawaran untuk para pelajar lepasan SPM dan mereka yang ingin mengulang / menduduki peperiksaan STAM. Silibus Pengajian STAM di KIDU: 1.        Silibus Kementerian Pelajaran Malaysia. 2.        Silibus khas yang direka untuk memastikan para pelajar lulus dengan cemerlang. 3.        Kelas Hafazan al-Quran. 4.        Kelas Pemantapan Bahasa Arab dan persediaan ke Timur Tengah 5.        Para pelajar diberi pendedahan berkenaan isu-isu semasa dengan program yang menarik. Keistimewaan STAM di KIDU : 1.        Yuran yang berpatutan. 2.        Aktiviti keagamaan yang memantapkan kerohanian. 3.        Program pendedahan yang berguna untuk masa depan pelajar. 4.        Penginapan disediakan termasuk musolla, padang permainan dan sebagainya. 5.        Program pembangunan dan kemantapan Bahasa Arab Yuran hanya RM 110 / bulan. (Pengajian dan penginapan). Daftar segera atau datang terus di hari pendaftaran pada : 1 Januari 2013 (Selasa) 9.00 Pagi hingga 4.00

Tawaran Kursus Bahasa Arab Peringkat Menengah 2013

Menjadi kelaziman Kolej Islam Darul Ulum menganjurkan program-program berteraskan bahasa Arab yang menjadi keutamaan pendidikan di sini. Pelbagai program berteraskan bahasa Arab telah dianjurkan saban tahun. Bermula dengan peringkat rendah, menengah malah sehingga kepada kursus bahasa Arab untuk para pelajar yang bakal menyambung pengajian di Negara-negara Timur Tengah seperti Mesir, Jordan, Morocco dan sebagainya. Pada tahun ini, menjadi fokus Kolej Islam Darul Ulum dalam memberikan pendidikan berteraskan bahasa Arab kepada para pelajar yang sangat minat mendalami bahasa tersebut. Kem Bahasa Arab Peringkat Menengah khas untuk para pelajar lepasan SPM dan STAM kembali dianjurkan buat kali kelima pada tahun 2013. Kem yang akan bermula pada 13 Januari 2013 dan berakhir pada 20 Februarai (40 hari) akan menekankan 5 aspek pengajian di dalam kem ini. Pertamanya pembelajaran Bahasa Arab dengan 3 penekanan iaitu Penguasaan Komunikasi, Kefahaman Pembacaan dan Kehebatan di dalam penul

Kem Bahasa Arab Peringkat Rendah

Berbaki lagi 3 hari untuk Program Kem Bahasa Arab Kolej Islam Darul Ulum peringkat Rendah. Pihak KIDU memperlawa kepada semua para pelajar yang berada lingkungan umur 8 hingga 16 tahun adalah sangat-sangat diperlawa untuk bersama menyertai program ini. Pendaftaran 3 orang dan ke atas akan diberikan hadiah misteri.Jangan lepaskan peluang ini.... Keperluan para pelajar : Pakaian Kuliah (T-Shirt Berkolar, Kemeja atau baju raihan - lelaki) Pakaian Kuliah (Baju Kurung dan Jubah- Perempuan). Pakaian Ibadah (Baju Melayu atau Jubah) Pakaian Sukan (Baju Muslimah, Track suit dan yang sesuai) Selimut Baldi Penyangkut Baju dan keperluan yang difikirkan sesuai oleh pihak waris. Pihak KIDU menyediakan peralatan asas seperti tilam, cadar dan bantal...

Majlis Tandatangan Memorandum Persefahaman Kolej Islam Darul Ulum dan Kolej Islam Darul Mustafa.

Lembaran baru hubungan erat institusi pendidikan dua buah Negara, Malaysia dan Thailand terjalin semakin utuh dalam mengambangkan syiar Islam. 21 Oktober 2012, satu perjanjian persefahaman telah termeterai antara Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena Kedah dan Kolej Islam Darul Mustafa, Yala, Selatan Thailand. Majlis yang berlangsung dengan penuh kemeriahan menyaksikan KIDU yang diketuai oleh Ustaz Abdul Ghani Bin Abdullah selaku Pendaftar Kolej Islam Darul Ulum mewakili KIDU untuk menandatangani perjanjian ini yang disaksikan oleh Ustaz Ahmad Yahya selaku Setiausaha Majlis Muassasah Darul Ulum. Manakala di pihak Kolej Islam Darul Mustafa, Dr Wan Abdul Qadir Wan Yusuf selaku Rektor menandatangani perjanjian ini sambil disaksikan oleh wakil Kerajaan Thailand. Antara isi kandungan perjanjian ini adalah para pelajar dari KIYAI akan menyambung pengajian di peringkat Diploma Pengajian Islam di KIDU. Secara tidak langsung, ianya memberi peluang tambahan kepada para pelajar KIYAI untuk m

Warna-warni Sambutan Jubli Perak Muassasah Darul Ulum.

Tanpa kita sedari, 25 tahun telah berlalu sejarah pembinaan dan pembangunan Muassasah Darul Ulum. Dari jerit payah Almarhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor dan para pimpinan ketika itu sehingga mampu membeli tanah seluas 48 ekar dengan harga RM 600.000 ketika itu merupakan suatu jumlah yang sangat tinggi nilainya. Pembinaan pertama sebuah masjid dengan nilai RM 150.000 menyebabkan kerajaan BN ketika itu mengambil keputusan merampas tanah tersebut dengan alasan membina bangunan di tanah pertanian. Rentetan tragedi rampasan tersebut menaikkan kemarahan para pendokong gerakan Islam untuk berkampung disini demi mempertahankan bumi ini. siang malam tidak kira tua dan muda berjaga dan berkawal memastikan hasrat kerajaan BN tidak kesampaian. Akhirnya, setelah rundingan demi rundingan, kerajaan bersedia memulangkan semula tanah ini dengan syarat membayar wang denda sebanyak RM 80.000. 20 hingga 22 September yang lalu, kenangan ini diimbau kembali dengan penganjuran Sambutan Jubli Perak 25

Amanat Tuan Guru Presiden

Sedutan amanat Tuan Guru ketika berucap pada Majlis Konvokesyen KIDU Ke 11   pada 22 September 2012 - Barat mengambil ilmu  daripada umat Islam terutama di bumi Andalus - Mereka mencuri ilmu dan tidak beriman - Jesteru umat Islam perlu kembalikan semula ilmu itu seperti kata hikmah " Al-Hikmah itu sesuatu yang telah tercicir .. di mana didapati maka kamu berhak mengambilnya ". -  Kini tanggungjawab pada graduan bagi mengumpul sebanyak mungkin al-Hikmah itu untuk manfaat ummat hari ini. - Tanggungjawab graduan bukan hanya berilmu tetapi beramal dan berjuang - Kekuatan ummat dikembalikan dengan perjuangan dan jihad yang berterusan. - Amanah ilmu perlu ditunaikan kerana bertanggungjawab di hadapan Allah swt - Tahniah kepada semua graduan dan berdoa semoga ISTIQAMAH.

Tahniah Pelajar STAM KIDU.

Program pengajian peringkat STAM yang diperkenalkan oleh Kolej Islam Darul Ulum 2 tahun yang lalu makin membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Setelah pada tahun pertama program, seorang pelajar telah mendapat keputusan Mumtaz. Di tahun kedua, ianya meningkat kepada 4 orang. Pada tahun ini, sejumlah 590 orang calon untuk melanjutkan pengajian peringkat Ijazah di Universiti Al-Azhar telah menduduki ujian kemasukan ke Universiti berkenaan. Ujian tersebut diadakan di Universiti As-Sofa pada jun yang lalu. Hasil dari keputusan yang telah dikeluarkan pada minggu ini, hanya 111 orang sahaja yang telah lulus untuk menyambung pengajian ke Mesir. Dari jumlah berkenaan, 3 orang calon dari KIDU telah lulus dalam ujian tersebut. Ianya suatu kebanggaan buat KIDU yang menekankan pengajian STAM kepada para pelajar yang ingin menyambung pengajian ke Timur Tengah terutama Mesir. Pihak Kolej Islam Darul Ulum mengucapkan Jutaan Tahniah kepada para pelajar yang layak menyambung pengajian ke M

Bumi Muassasah Darul Ulum terus dikunjungi Ulama’

Bumi wakafan muassasah Darul Ulum yang diasaskan dengan penuh dedikasi dan harapan yang menggunung tinggi oleh para pejuang Islam tidak putus-putus dikunjungi ulama serata dunia. Bumi yang pernah menyaksikan bagaimana jiwa-jiwa anak muda dan orang tua yang tidak gentar dengan ancaman dan ugutan oleh pemerintah ketika itu. Peristiwa rampasan tanah bumi ini menceritakan segala-galanya malah ramai dari kalangan mereka di tahan di bawah akta ISA termasuk pengasas utama Muassasah Darul Ulum, almarhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Nor. Tahun ini genap 25 tahun berdirinya institusi jamaah yang tidak jemu memberikan ilmu dan dakwah kepada semua. Malah, penubuhan institusi ini  diberikan sokongan oleh ulama’ serata dunia. Terkini kunjungan ulama’ Syria, Sheikh Maher Munjid ke Kolej Islam Darul Ulum pada 25 Julai yang lalu. Beliau yang cukup terkenal dikalangan para pelajar Malaysia di Syria sebagai guru tasmi’ quran. Dikesempatan kehadiran beliau ke sini, beliau telah mengunjungi bumi muassasa

Suasana Hening 23 Jun 2012 – 10 Tahun Pemergian Insan Tercinta.

 10 tahun lalu, tarikh 23 Jun menggamit kesedihan yang teramat buat para pejuang-pejuang Islam di Malaysia khususnya dan Palestin umumnya. Bumi Muassasah Darul Ulum dibanjiri lautan manusia yang sangat dahsyat kehadiran untuk memberikan penghormatan terakhir kepada insan yang sangat gigih memperjuangkan perjuangan Islam.   Siapa yang tidak mengenali almarhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Ustaz Fadzil Noor, Presiden PAS yang kelima. Bumi Muassasah Darul Ulum adalah cetusan idea oleh beliau untuk melihat anak bangsa memahami agama Islam dengan lebih mendalam. Ucapan ketika majlis pecah tanah pembinaan Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum masih lagi terngiang-ngiang di telinga dan jiwa para pejuang Islam yang mencintai pendidikan dan ilmu. Oleh yang demikian, Kolej Islam Darul Ulum terpanggil untuk menganjurkan majlis memperingati insan yang sangat berjasa kepada rakyat Kedah khususnya. Majlis Tahlil Perdana dan Bacaan Al-Quran 30 Juzu telah dia

KIDU anjur Kursus Bahasa Arab Persediaan Ke Timur Tengah

Kolej Islam Darul Ulum melangkah maju dalam memberi pendedahan dan pembalajaran bahasa Arab kepada semua peringkat. Dengan kejayaan penganjuran Kem Bahasa Arab peringkat Rendah dan Menengah yang di anjurkan saban tahun serta mendapat penyertaan yang menggalakkan, KIDU sekali lagi menawarkan program berteraskan bahasa Arab kepada para pelajar yang akan menyambung pengajian di Timur Tengah. Kursus Bahasa Arab Persediaan ke Timur Tengah bermula pada 3 Jun hingga 29 Jun 2012 dirangka khusus untuk para pelajar yang akan mendaftar pengajian di Negara-negara Arab samada di Mesir, Jordan, Morocco dan sebagainya. Penolong Pendaftar, Saudara Mohd Hanifi menjelaskan keistimewaan program ini adalah kaedah pembelajaran yang menarik untuk diikuti. Ianya menekankan 5 prinsip pembelajaran agar para pelajar yang menamatkan kursus di sini mampu mengaplikasikan bahasa Arab dengan baik terutama di bumi Arab. Pemahaman Bahasa Arab menjadi keutamaan di dalam kaedah pembelajaran di kursus ini dengan pe

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang STAM Sesi I

Program STAM di Kolej Islam Darul Ulum memasuki tahun ketiga proses pembelajaran semenjak tahun 2009 yang lalu. Pelbagai inisiatif diambil oleh pentadbiran Kolej Islam Darul Ulum melalui Bahagian Akademik untuk memberikan kelainan kepada para pelajar STAM agar mampu berdaya saing seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan yang sebenar. Di antara kelainan yang dibuat di Kolej Islam Darul Ulum untuk para pelajar STAM adalah peperiksaan pada setiap 3 bulan (Suku Tahun pertama, Kedua dan Ketiga). Peperiksaan ini akan menilai keupayaan pelajar sepanjang 3 bulan menuntut ilmu serta menguji kekuatan kefahamn dan hafalan para pelajar di dalam menguasai pembelajaran di kelas dan aktiviti luar. Malah, pihak Kolej Islam Darul Ulum telah membahagikan para pelajar STAM kepada 3 kategori bermula Kelas A, Kelas B dan Kelas C. Para pelajar di Kelas A merupakan mereka yang menguasai dan memahami bahasa Arab dan matapelajaran STAM dengan baik. Manakala pelajar Kelas B ad