Program
pengajian peringkat STAM yang diperkenalkan oleh Kolej Islam Darul Ulum 2 tahun
yang lalu makin membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Setelah pada tahun
pertama program, seorang pelajar telah mendapat keputusan Mumtaz. Di tahun
kedua, ianya meningkat kepada 4 orang.
Pada
tahun ini, sejumlah 590 orang calon untuk melanjutkan pengajian peringkat
Ijazah di Universiti Al-Azhar telah menduduki ujian kemasukan ke Universiti
berkenaan. Ujian tersebut diadakan di Universiti As-Sofa pada jun yang lalu.
Hasil dari keputusan yang telah dikeluarkan pada minggu ini, hanya 111 orang
sahaja yang telah lulus untuk menyambung pengajian ke Mesir. Dari jumlah
berkenaan, 3 orang calon dari KIDU telah lulus dalam ujian tersebut. Ianya suatu
kebanggaan buat KIDU yang menekankan pengajian STAM kepada para pelajar yang
ingin menyambung pengajian ke Timur Tengah terutama Mesir.
Pihak
Kolej Islam Darul Ulum mengucapkan Jutaan Tahniah kepada para pelajar yang
layak menyambung pengajian ke Mesir terutama para pelajar KIDU iaitu Saudara
Shamsul Zaa’bar, Saudara Amiruddin Abdul Rahim dan Saudara Syarifuddin Nor
Azli.
Comments
Post a Comment