Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

Dalami Bahasa Arab Di Kolej Islam Darul Ulum

Umum mengetahui betapa pentingnya penggunaan bahasa Arab dari dahulu sehingga kini. Malah ianya merupakan bahasa keilmuan. Tidak dapat dinafikan lagi, bahasa Arab mendominasi kitab-kitab Islamiyah baik dalam bidang syariah mahupun usuluddin. Selain faktor tersebut, kebanyakan universiti yang menumpukan pengajaran bidang-bidang agama menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Malahan kecenderungan para pelajar agama untuk menyambung pengajian di Universiti negara Timur Tengah menjadi salah satu faktor betapa pentingnya untuk mendalami dan memahami Bahasa Arab dengan begitu baik. Apa lagi sekarang ini dilihat, negara timur tengah juga mula merintis bidang-bidang selain agama yang mengguna bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Sebagai contoh, Universiti Al-Azhar telah membuka pengajian kedoktoran yang kelazimannya menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantar dan ianya berbeza dengan Universiti Al-Azhar yang menekankan penggunaan bahasa Arab. Menjadi suatu kelaziman buat Ko

Keputusan yang sangat mendebarkan..

30 Januari 2013 tarikh yang sangat ditunggu oleh para pelajar STAM seluruh Malaysia. Ia merupakan tarikh pengumuman keputusan peperiksaan bagi sijil yang dikhususkan kepada pelajar Islam sahaja. Memandangkan sijil ini telah diiktiraf setaraf matrikulasi, para pelajar sangat mengharapkan suatu keputusan yang membanggakan yang bakal diperolehi. Kesungguhan selama 10 bulan, diselang seli dengan amalan yang menguatkan jiwa, dikuatkan dengan doa dari keluarga terutama ibu ayah yang tercinta, para pelajar bersedia menerima apa jua keputusan yang bakal diperolehi oleh mereka. 62 orang calon yang menduduki peperiksaan sijil tersebut di Kolej Islam Darul Ulum secara mengikut kelas. Yang selebihnya adalah calon persendirian. Daripada jumlah tersebut, 2 orang pelajar telah memperolehi keputusan Mumtaz. Seramai 10 calon mendapat Jayyid Jiddan, 11 orang memperolehi Jayyid dan 7 orang mencatatkan keputusan Maqbul. Apa yang lebih membanggakan, seramai 6 orang pelajar Kemboja yang ditaja sepenuhny