Bismillah, Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana masih diberikan peluang untuk meneruskan sisa baki kehidupan di bumi waqafan Kolej Islam Darul Ulum ini. Sebulan sudah kita berpuasa dan kini sudah berada di pertengahan bulan Syawal. Team Ihya' Ramadan dengan teruja dan berasa sangat berbesar hati ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang tidak lokek dengan sumbangan berbentuk wang ringgit dan barangan bagi berkongsi rezeki menampung kos makanan sepanjang bulan mulia ini. Terima Kasih, Terima Kasih dan Terima Kasih. Semoga para penyumbang dikurniakan rezeki yang melimpah , dipermudahkan segala urusan dunia, akhirat dan beroleh Syurga di sana nanti :)