Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2010

Perasmian Himpunan Bulanan Warga Muassasah

Alhamdulillah .. telah diadakan perasmian Himpunan Bulanan untuk warga Muassasah Darul Ulum oleh Dr Abdul Isa Ismail selaku Setiausaha Majlis Muassasah Darul Ulum. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Abdullah selaku Pengarah Akademik KIDU , disusuli ucapan Ust Mat Ayub Mat Daud selaku Mudir Sek. Men Islam Darul Ulum , ucapan Ustaz Zawawi Hj Ahmad Ketua Pegawai Eksekutif KIDU dan diakhiri dengan ucapan Dr Abdul Isa. Kandungan ucapan seperti berikut : - Ikhlas dalam belajar - Belajar untuk membuang kejahilan dan membina diri sebagai bakal ulamak masa depan - Strategi berjaya : 1. Niat 2. Usaha 3. Dampingi guru 4. Sabar 5. Ibadah 6. Bergantung dengan Allah swt - Semua warga muassasah sentiasa ingat matlamat pengasas iaitu Ustaz Fadhil Noor " Adalah menjadi harapan kita agar muassasah yang sama - sama kita tubuhkan ini agar dapat melahir ulamak amilin yang faqih dan mampu memimpin ummah "

Sekitar Lawatan UPU Maung Pengkalan Chepa

Rombongan daripada UPU Maung Pengkalan Chepa ke KIDU secara konvoi yang diketuai oleh Ustaz Fathan ( rakan serumah Penolong Pendaftar di Mesir )

Kuliah Haraki HPA

Pada hari ini Rabu 21-4-2010,KIDU menganjurkan satu kuliah khas bersama HPA, bertempat di dewan utama KIDU semua pelajar KIDU di wajibkan hadir.

Kuliah Haraki Siri Ke 2

Alhamdulillah.. Kuliah Haraki siri ke 2 telah diadakan dengan menjemput wartawan kanan Harakah iaitu Sdr Hazamin. Tajuk yang dikemukakan ialah Wartawan Dan Dakwah Islam