Skip to main content

Perasmian Himpunan Bulanan Warga Muassasah








Alhamdulillah .. telah diadakan perasmian Himpunan Bulanan untuk warga Muassasah Darul Ulum oleh Dr Abdul Isa Ismail selaku Setiausaha Majlis Muassasah Darul Ulum.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Abdullah selaku Pengarah Akademik KIDU , disusuli ucapan Ust Mat Ayub Mat Daud selaku Mudir Sek. Men Islam Darul Ulum , ucapan Ustaz Zawawi Hj Ahmad Ketua Pegawai Eksekutif KIDU dan diakhiri dengan ucapan Dr Abdul Isa.

Kandungan ucapan seperti berikut :
- Ikhlas dalam belajar
- Belajar untuk membuang kejahilan dan membina diri sebagai bakal ulamak masa depan
- Strategi berjaya : 1. Niat 2. Usaha 3. Dampingi guru 4. Sabar 5. Ibadah 6. Bergantung dengan Allah swt
- Semua warga muassasah sentiasa ingat matlamat pengasas iaitu Ustaz Fadhil Noor
" Adalah menjadi harapan kita agar muassasah yang sama - sama kita tubuhkan ini agar dapat melahir ulamak amilin yang faqih dan mampu memimpin ummah "

Comments

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg

SPM FT 2022/2023

 SPM FT 2022/2023 Anak-anak pelajar SPM FT KIDU 2022/2023 Bismillah, Alhamdulillah esok (8 Jun 2023) Khamis akan diumumkan keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Tiada doa yang dipinta melainkan semoga diberi kejayaan yang cemerlang kepada semua anakda yang bersungguh-sungguh dalam pembelajaran yang lalu. Bittaufiq wannajah semua !

Pelajar SPM, STAM dan TAMHIDI 2022

Ahlan wasahlan buat para pelajar ambilan SPM, STAM dan TAMHIDI. Pada hari Isnin 4 April 2022 Kolej Islam Darul Ulum telah mengadakan hari pendaftaran kemasukan pelajar baru. Selamat datang ke bumi tarbiyah Muassasah Darul Ulum. Pelajar yang mendaftar datang bukan sahaja dari negeri Kedah malah terdapat juga pelajar dari Selangor, Pulau Pinang dan Kemboja.