Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Aktiviti KBA Rendah

Aktiviti KBA Rendah 
Aktiviti KBA Rendah ( Dalam Kelas dan Aktiviti Luar Kelas )  Program Khidmat Masyarakat dan Lawatan Sambl Belajar
Antara aktiviti Kem Bahasa Arab Peringkat Rendah
Segera .. tempat adalah terhad.. Kem telah diadakan bermula 2008. Hubungi talian di atas.

TAZKIRAH RAMADHAN

Ramadhan Kareem

TAZKIRAH RAMADHAN

Praktikal Pengajaran Bahasa Arab

Kolej Islam Darul Ulum yang sinonim dengan penganjuran kem-kem berorientasikan Bahasa Arab meneruskan kesinambungan dan slot yang akan memantapkan lagi penguasaan bahasa arab peserta-peserta yang mengikuti kem di sini. Para pelajar Kem Bahasa Arab Timur Tengah 2014 tidak terlepas dari mengikuti slot-slot praktikal sedemikian. Pada jumaat lepas, para pelajar ini diuji untuk mengajar para pelajar Sekolah Menengah Islam Darul Ulum. Namun pada sabtu yang lalu, para pelajar ini di uji dengan pengajaran di Sekolah Rendah Islam (SRI) Alor Setar. Sesi pengajaran ini adalah sebagai medan ujian agar para peserta Kem Bahasa Arab ini mampu mempraktikkan penguasaan Bahasa Arab sebelum mereka menjejakkan kaki ke bumi arab. Semoga praktikal ini agar menarik minat para pelajar sekolah untuk mendalami bahasa arab sebagai bahasa keilmuan.Bagi yang berminat untuk menyertai Kem Bahasa Arab terutama para pelajar 8-16 tahun, boleh mendaftarkan diri menyertai Kem Bahasa Arab Peringkat Rendah pada 2

Gotong Royong Perdana

Sabtu, 21 Jun yang lalu, Pejabat Muassasah Darul Ulum telah menganjurkan program Gotong Royong Perdana yang melibatkan semua institusi di dalam Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum iaitu pentadbiran dan pelajar Kolej Islam Darul Ulum dan Sekolah Menengah Islam Darul Ulum. Program yang dimulakan dengan ucapan oleh Tuan Haji Munir Zakaria, Bendahari Majlis Muassasah Darul Ulum. Di dalam ucapan beliau menekankan aspek kebersihan dan penjagaan kawasan kompleks ini agar sentiasa sesuai dengan imej Islam yang menjaga kebersihan. Beliau juga melancarkan kempen Sayangi Muassasah Darul Ulum. Para pelajar Kolej Islam Darul Ulum dan Sekolah Menengah Islam Darul Ulum telah diberi kumpulan dan kawasan untuk pembersihan. Setiap kumpulam dikawal selia dan dibantu oleh para pensyarah dan guru masing-masing. Semoga program ini akan menyemai rasa sayang dan cinta dikalangan para pelajar KIDU dan SMIDU untuk sangat menyayangi kompleks pendidikan ini.

Lawatan ke Kolej Darul Hikmah

Pentadbiran Kolej Islam Darul Ulum yang diketuai oleh Pendaftar, Ustaz Abdul Ghani Abdullah telah melakukan kunjungan hormat ke Kolej Darul Hikmah, Bangi Selangor pada 9 Jun yang lalu. Kunjungan ini sebagai kunjungan balas setelah pihak Kolej Darul Hikmah mengunjungi KIDU. Pada pertemuan ini, pelbagai perkara dibincangkan bersama dalam kerangka mengembangkan pendidikan Islam serta berusaha melahirkan para graduan yang mampu berdaya saing dalam arus masa kini. Semoga pertemuan ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang telah terjalin di antara KIDU dan Kolej Darul Hikmah.

Ahlan wa Sahlan Sheikh Muwaffaq Murabi’

Ahlan wa Sahlan Sheikh Muwaffaq Murabi’ Kolej Islam Darul Ulum yang di asakan oleh para pendokong dan pejuang Islam tidak pernah sepi dari kunjungan para alim ulama’. Terbaru, Sheikh Muwaffaq Murabi’, Mantan Naib Mudir Maahad Fatah Islamy telah melakukan kunjungan ke institusi ini. Beliau yang dalam rangka jelajah Malaysia untuk mencari dana bagi membantu keperluan rakyat Syria yang sedang ditindas oleh pemerintah yang zalim. Satu majlis meraikan beliau telah disusun oleh Jabatan Syariah. Sheikh Muwaffaq Murabi’ juga merupakan salah seorang pakar dalam bidang pembahagian harta waris atau lebih dikenali sebagai ilmu Faraid. Di dalam ucapannya, beliau menyentuh tentang peri pentingnya umat Islam menjaga hubungan sesame muslim. Kata beliau, “Walau kamu berada jauh dari bumi Syria, jangan kamu lupakan saudara kamu yang sekarang ditindas”. Beliau juga mengingatkan tentang bahayanya yahudi dalam merosakkan umat Islam. Walaupun Malaysia jauh dari negara Yahudi, namun propagandany

Pendaftaran Pra-STAM 2014 Dibuka Sekarang

Pendaftaran Pra-STAM 2014 Dibuka Sekarang Tawaran kepada para pelajar yang bakal menduduki STAM pada tahun 2015 untuk mendaftarkan diri sebagai pelajar program Pra-STAM 2014. Program Pra-STAM ini adalah persediaan untuk menduduki STAM tahun hadapan. Ianya direka khas oleh KIDU agar para pelajar yang menduduki STAM dalam penuh keyakinan dan persediaan yang jitu. Ini memandangkan STAM memerlukan penguasaan Bahasa Arab yang kukuh. Yuran hanyalah RM 260 per bulan merangkumi Pengajian, Penginapan dan makanan. Ianya kos yang sangat berpatutan. Para pelajar akan memulakan pengajian pada 1 Julai 2014 selama 6 bulan dan akan menduduki peperiksaan penentuan tahap pada akhir Disember 2014. KIDU memperlawa mana-mana pelajar lepasan SPM atau yang bakal menduduki STAM 2015 untuk segera mendaftar. Maklumat lanjut boleh hubungi 04 782 5754 atau 012 564 2132.

Lawatan Pelajar Kelab Tahfiz Maahad Muhammadi Lil Banat ke Kolej Islam Darul Ulum

Kolej Islam Darul Ulum menerima rombongan dari Kelab Tahfiz Maahad Muhammadi Lil Banat, Kelantan pada Khamis lepas. Rombongan ini diiringi 7 orang guru terdiri dari 3 orang guru lelaki dan 4 orang guru perempuan selain 80 orang pelajar. Ketibaan mereka disambut oleh Penolong Pendaftar Perhubungan Awam, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin. Para pelajar ini diberi penerangan berkenaan Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum oleh Saudara Mohd Hanifi. Selain itu, penerangan berkenaan program-program yang ditawarkan di sini. Semoga lawatan ini akan menberi suatu input yang positif dan menghubungkan hubungan yang baik di antara dua institusi ini.