Kolej Islam
Darul Ulum yang sinonim dengan penganjuran kem-kem berorientasikan Bahasa Arab
meneruskan kesinambungan dan slot yang akan memantapkan lagi penguasaan bahasa
arab peserta-peserta yang mengikuti kem di sini. Para pelajar Kem Bahasa Arab
Timur Tengah 2014 tidak terlepas dari mengikuti slot-slot praktikal sedemikian.
Pada jumaat
lepas, para pelajar ini diuji untuk mengajar para pelajar Sekolah Menengah
Islam Darul Ulum. Namun pada sabtu yang lalu, para pelajar ini di uji dengan
pengajaran di Sekolah Rendah Islam (SRI) Alor Setar. Sesi pengajaran ini adalah
sebagai medan ujian agar para peserta Kem Bahasa Arab ini mampu mempraktikkan
penguasaan Bahasa Arab sebelum mereka menjejakkan kaki ke bumi arab.
Semoga
praktikal ini agar menarik minat para pelajar sekolah untuk mendalami bahasa
arab sebagai bahasa keilmuan.Bagi yang berminat untuk menyertai Kem Bahasa Arab
terutama para pelajar 8-16 tahun, boleh mendaftarkan diri menyertai Kem Bahasa
Arab Peringkat Rendah pada 25 November hingga 25 Disember 2014. Hubungi
012-5642132 atau 04-7825754.
Comments
Post a Comment