Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2021

Sabar dan Terus Berusaha

Ujian bagi orang beriman diterima dengan penuh keredhaan dan menyakini ada hikmah disebaliknya.Redha bukan bermakna membiarkan ujian berlaku begitu sahaja tetapi menghadapinya dengan penuh usaha dan ikhtiar yang maksima bagi mengatasi dan merungkaikan permasalahannya disamping terus bermunajat dan menyerahkan hasilnya kepada ketentuan  Rabbul Izzah.

Haul Al-Marhum Dato' Ustaz Fadzil Mohd Noor

 

Kematian yang menghidupkan

Esok 23 Jun adalah tarikh penting bagi seluruh warga Muassasah Darul Ulum sempena Majlis Haul kematian al-Marhum Dato' Ustaz Hj Fadzil Mohd Noor pengasas dan pengerusi Majlis Muassasah pertama yang berusaha bagi membangun dan membina Kompleks Pendidikan ini.Semoga semua warga khususnya para pelajar yang lahir dari tarbiah bumi barakah ini menjadi amilin dan pejuang  agama Allah seperti hasrat dan cita-cita al-Marhum. Al-Fatihah

Tahniah Semua Calon SPM dan STAM Kidu

Semoga calon SPM dan STAM Kidu yang telah mengetahui keputusan masing-masing terus bersemangat dan berjuang bagi meneruskan kelangsungan pendidikan dan pembelajaran kalian.Perjalanan masih jauh dan segalanya bermula daripada anda semua dan tawakkal yang bulat  kepada Rabbul Izzah. Semoga kalian menjadi amilin dan pejuang bagi agama Allah dan berkhidmat kepada ummah di lapangan masing-masing. Tahniah kepada semua para pentadbir,guru dan kalian serta ibubapa semua.