Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

KURSUS BAHASA ARAB 45 HARI DI KIDU

Pihak Kolej Islam Darul Ulum akan meneruskan program tahunan yang menjadi tumpuan para pelajar lepasan SPM dan STAM. Kursus Bahasa Arab peringkat menengah untuk lepasan SPM dan STAM akan dianjurkan buat kali ke 6 pada tahun hadapan. Kursus yang akan bermula pada 8 januari selama 45 hari hingga 22 februari 2012. Dengan 5 aspek yang menjadi penekanan untuk memantapkan penguasaan bahasa arab para pelajar terutama mereka yang ingin melanjutkan pengajian di timur tengah dan universiti-universiti dalam Negara yang berorientasikan bahasa arab. Aspek-aspek tersebut adalah pemahaman bahasa Arab yang akan mendedahkan kepada para pelajar kaedah untuk memahami bahasa tersebut ketika sesi pembelajaran di universiti. Aspek yang kedua adalah penguasaan penulisan arab. Ini memandangkan bahasa arab mempunyai kaedah tersendiri dalam aspek penulisan berbanding bahasa-bahasa lain. Para pelajar akan diajar cara menulis menggunakan kaedah yang betul dan bersesuaian dengan kaedah yang sepatutnya. Aspe

Lawatan KIDU ke Selatan Thailand - Hari Kedua

Hari Kedua – KIDU menyambung agenda lawatan sekolah di Selatan Thailand dengan mengunjungi Wilayah Narathiwat iaitu Madrasah Darul Salam. Madrasah tersebut merupakan sekolah agama yang besar di daerah ini dengan kapasiti pelajar seramai 5000 orang. Pengarah madrasah tersebut, Dr Fakhruddin telah menyambut kehadiran pihak rombongan dan menyampaikan taklimat dan penerangan berkaitan sekolah dan cabaran-cabaran yang diterima dalam tujuan memperkembangkan Addin Al-Islam. Madrasah ini telah memperkenalkan konsep maahad tahfiz sains. Pihak KIDU diberi penghormatan untuk menguji kepintaran para pelajar ini. Pihak juga menyampaikan taklimat berkaitan pembelajaran di KIDU dan di akhiri dengan penyampaian cenderahari kenang-kenangan. Seterusnya pihak rombongan berpatah balik ke wilayah Pattani untuk mengunjungi Madrasah Misbah atau dikenali sebagai Pirayanawin Klonghin Wittaya. Sekolah tersebut baru ditubuhkan pada tahun 2001. Sebelum ini sekolah tersebut hanya beroperasi sebagai pondok sahaj

Takziah Dari KIDU

Pihak KIDU mengucapkan takziah kepada pelajar KIDU semester 2, saudari Nadzirah bt Shamsul Anuar atas pemergian ayahanda yang tercinta pada sabtu lalu. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah....

Lawatan KIDU ke Selatan Thailand

Kolej Islam Darul Ulum telah mengunjungi Selatan Thailand bermula 19 hingga 22 November yang lalu. Rombongan yang diketuai oleh Ustaz Zawawi Bin Hj Ahmad selaku Ketua Pegawai Eksekutif mengunjungi 5 buah sekolah yang berpotensi di sana. Selain beliau, 6 orang lagi Staf pentadbiran KIDU turut serta dalam rombongan tersebut. Ustaz Abdul Ghani Abdullah, Ustaz Azamuddin Abdul Aziz, Saudara Mohd Hanifi Hj Ahmad Jamaludin, Ustaz Radhi Abu Bakar, Ustaz Ismail Ahmad dan Saudara Saifullah Mohammad turut serta dalam rombongan yang bertujuan mempromosikan KIDU sebagai pusat pengajian lanjutan pilihan di Malaysia. KIDU memulakan lawatan ke Madrasah Islahuddin di Padang Besing, Yala. Kunjungan KIDU disambut oleh Pengarah Islahuddin, Dr Wan dan beliau telah memberi penerangan dan penjelasan berkaitan pembangunan dan sistem pendidikan di madrasah tersebut. Menurut beliau, pengasas madrasah tersebut diasaskan oleh ulama’ terdahulu yang ingin melihat anak bangsa melayu di Selatan Thailand mendalami

Sambutan AIDIL ADHA 1432 H

Menelusuri sejarah korban yang bermula dari peristiwa Sayyidina Ibrahim A.S dan anaknya, Sayyidina Ismail A.S mematuhi perintah Allah S.W.T telah melaksanakan dengan penuh ketaqwaan dan penghambaan kepada Sang Pencipta. Tanpa bertanya lanjut, dan tanpa rasa mengeluh, kedua-dua beranak ini melaksanakannya. Allah S.W.T menukarkan perintah menyembelih Ismail A.S dengan seekor kibas yang sihat untuk disembelih. Peristiwa ini dikenang dan dihayati umat Islam dengan melaksanakan korban pada setiap tahun di bulan Dzulhijjah bersempena Aidil Adha. Sempena kedatangan Aidil Adha 1432 H, Kolej Islam Darul Ulum tidak ketinggalan melaksanakan ibadah korban yang sangat dituntut di dalam Islam. Pada tahun ini, seekor lembu yang disumbangkan oleh individu kepada KIDU untuk dilaksanakan korban. Korban tersebut dilaksanakan pada hari raya pertama Aidil Adha yang lalu. Agihan daging korban diberi kepada staf kakitangan Kolej Islam Darul Ulum dan dibuat jamuan untuk semua para pelajar Kolej Islam Darul

Kem Bahasa Arab Peringkat Rendah

LAWATAN PERSATUAN KEBAJIKAN SISWA UTARA (PAKSU) DARUL QURAN, JAKIM KE KOLEJ ISLAM DARUL ULUM

Pihak Kolej Islam Darul Ulum telah menerima kunjungan pelajar dari Darul Quran, Jakim ke sini pada khamis 13 Oktober yang lalu. Program yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Siswa Utara atau singkatannya PAKSU disertai seramai 88 orang pelajar terdiri dari 44 orang lelaki dan 44 orang perempuan. Rombongan dan lawatan ini dalam rangka menziarahi institusi pengajian yang ada di negeri Kedah samada institusi pengajian tinggi atau rendah. Rombongan ini disambut oleh Saudara Mohd Hanifi Bin Haji Ahmad Jamaludin selaku Penolong Pendaftar Kolej Islam Darul Ulum dan Ustaz Abdul Manan Bin Abdul Aziz. Ustaz Abdul Ghani Bin Abdullah selaku Pemangku Pendaftar mengucapkan selamat datang kepada ahli rombongan yang berkunjung ke Kolej Islam Darul Ulum. “KIDU telah ditubuhkan hasil dari perjuangan dari pengorbanan masyarakat yang ingin melihat satu institusi pendidikan Islam di Kedah dibina. Malah KIDU dibayai sepenuhnya oleh masyarakat Islam seluruh Malaysia dengan harapan agar para pelajar ya

MAJLIS BACAAN YASIN MENGHADAPI PEPERIKSAAN STAM 2011

Kolej Islam Darul Ulum melalui Pejabat Penolong Pendaftar Hal Ehwal Akademik telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin untuk para pelajar program STAM yang akan menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini. Seramai 104 orang pelajar yang mendaftar program STAM di KIDU akan mula menduduki peperiksaan pada minggu ini. Majlis bacaan yasin ini diketua oleh al-Fadhil Ustaz Ahmad Abdullah selaku Pengarah Akademik KIDU memohon kepada Allah S.W.T agar memberikan kejayaan kepada para pelajar di dalam menghadapi peperiksaan tersebut. Tahun ini merupakan tahun kedua KIDU menjadi pusat peperiksaan STAM. Pihak KIDU mendoakan agar para pelajar dapat menjawab dengan baik di dalam pereriksaan kali ini seterusnya beroleh kejayaan yang membanggakan.

KEM BAHASA ARAB PERINGKAT RENDAH 2011 KEMBALI lAGI.......

Kem Bahasa Arab Peringkat Rendah yang dianjurkan oleh Kolej Islam Darul Ulum kembali menghiasi musim cuti sekolah pada tahun ini. Pada tahun lalu, program ini tidak dapat dianjurkan atas beberapa sebab teknikal. Namun, dengan permintaan dan rasa tanggungjawab, Pentadbiran Kolej Islam Darul Ulum bersetuju untuk menganjurkan semula dengan penambahan serta penambah baikkan dari pelbagai sudut agar para pelajar yang menyertai program ini akan bertambah ilmu dan pengalaman. Program Kem Bahasa Arab peringkat rendah pada tahun ini akan bermula pada 27 November 2011 hingga 18 Disember 2011. Program selama 21 hari ini akan menekankan beberapa aspek sebagai silibus kem. Aspek-aspek tersebut adalah Penguasaan Bahasa Arab dari sudut penulisan, pemahaman dan pembacaan. Aspek lain yang ditekankan adalah fardhu ain dan asas-asas kepimpinan selain sesi hafalan al-Quran. Program ini hanya menerima 80 orang pelajar sahaja untuk diasuh dan dididik oleh guru-guru berpengalaman lepasan dari timur tengah.

GRADUAN RAMADHAN

1 Syawal – Beberapa hari sahaja lagi kita akan meninggalkan ramadhan . Bulan barakah bulan yang sangat istimewa. Ramadhan seumpama madrasah yang mengandungi kurikulum dan sukatannya yang tersendiri yang disediakan oleh Tuhan Rabul Jalil bagi mendidik siswa - siswinya dengan pakej yang begitu unik bagi lahir sebagai mahasiswa yang cemerlang dengan anugerah “ Takwa “ pada hari konvokesyennya di bulan sywal. Berapa ramai siswa siwi madrasah ramadhan yang tidak berjaya dijemput untuk menerima ijazah pada hari konvokesyennya kerana tidak lulus dan perlu mengulang semula pada tahun yang seterusnya. Semoga kita semua layak menerima anugerah di konvokesyen ramadhan dan merasa gembira dengan penuh syukur seperti Sabda Nabi saw “ Bagi yang berpuasa dua kegembiraan , pertama hari raya kedua bertemu Tuhan di syurga “ Apa yang penting latihan ramadhan selama sebulan adalah contoh diari muslim yang diredhai Alah, maka teruskan diari dan takwim ramadhan ini sepanjang hidup

IFTOR JAMAI’I KAKITANGAN DAN PELAJAR KOLEJ ISLAM DARUL ULUM

Berbaki seminggu bulan yang mulia, Ramadhan al-Kareem akan melabuhkan tirainya bagi tahun ini, Kolej Islam Darul Ulum telah menganjurkan program berbuka bersama pada 22 Ogos yang lalu. Program ini melibatkan semua jemputan kakitangan pentadbiran dan akademik KIDU serta para pelajar di semua peringkat. Program yang berlangsung di Terap Inn, Kuala Nerang dalam suasana yang ceria dan meriah. Dimulakan dengan ucapan Ustaz Abdul Ghani Abdullah selaku Pemangku Pendaftar Kolej Islam Darul Ulum. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan dan pelajar yang hadir pada majlis ini. Majlis ini juga merupakan majlis menghargai pensyarah dan pelajar yang telah bertungkus lumus menjayakan program Pesta dan Majlis Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum pada 28 hingga 30 Julai yang lalu. Program tersebut yang berlangsung meriah menunjukkan kesepakatan yang terjalin kukuh di Kolej Islam Darul Ulum selain kerjasama yang cuk

Mengembalikan kegemilangan legasi Dato' Ustaz Fadzil Mohd Noor

Artikel Sumbangan Harakah  Oleh  IZWAN ABDUL HALIM izwan@harakah.net.my   Menginjak kaki ke lapangan Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena menghadirkan rasa tenang yang mendamaikan walaupun di balik kedengaran suara-suara garau lantunan isu kitab  turath . Dalam asyik bola mata melihat sergaman indah perkampungan ilmu tersebut, tidak lupa di sana juga hening pusara yang bersemadi jasad insan kesayangan ramai; Almarhum Dato’ Ustaz Fadzil Mohd Noor. Segera gambaran lalu melintas di tabir ingatan mata dan tanpa semena-mena tangisan mula mengesak, terasa seperti adanya kehilangan besar dijiwa. Tentunya perasaan itu jauh lebih membungkam di hati mereka yang pernah bersama Almarhum dalam perjuangan ini. Setidak-tidaknya mengimbau kebangkitan untuk mempertahankan tanah Muassasah dari dirampas pemerintah zalim ketika itu. Ada yang diseret kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan sebahagian dari mereka telah pun pergi bersama beliau.

KUNJUNGAN SHEIKH MAHMUD SIYAM KE MUASSASAH DARUL ULUM

Imam Besar Masjid al-Aqsa, Sheikh Mahmud Siyam telah meluangkan masa mengunjungi dan menziarahi bumi Muassasah Darul Ulum pada 21 Ogos yang lalu. Beliau yang berada di Malaysia dalam rangka lawatan sempena bulan ramadhan pada tahun ini. Kedatangan beliau disambut oleh Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Haji Ahmad Jamaludin serta para pelajar Kolej Islam Darul Ulum dan Sekolah Menengah Islam Darul Ulum. Pada kesempatan kunjungan beliau pada kali ini, pihak KIDU telah menganjurkan Majlis Tazkirah Ramadhan di Masjid Muassasah Darul Ulum Beliau telah menyentuh agar para pelajar, muslimin dan muslimat keseluruhan agar merebut peluang 10 akhir ramadhan dan mendoakan agar memperolehi ganjaran malam Lailatul Qadr. Beliau mengingatkan hadirin supaya memperbanyakkan doa untuk membebaskan diri dari api neraka, berdoa membebaskan kaum keluarga dari siksaan api neraka selain memperbanyakkan membaca al-Qura

LAWATAN MUHIBBAH KOLEJ ISLAM DARUL ULUM KE CENTRE OF FOUNDATION STUDIES (IIUM), PETALING JAYA.

Pihak KIDU bergambar di hadapan pintu masuk CFS,IIUM Petaling Jaya, Selangor.  Seramai enam orang kakitangan KIDU telah mengadakan lawatan muhibbah ke CENTRE OF FOUNDATION STUDIES (CFS) IIUM, PETALING JAYA pada 19 Ogos 2011 yang lalu anjuran Jabatan Bahasa Arab KIDU diketuai oleh Ustaz Zakaria bin Ismail selaku Dekan Kuliyyah Shariah, Ustaz Abdul, Ghani bin Abdullah, selaku Pendaftar, dan Ustazah Raudzah binti Sheikh Salleh, selaku Ketua Jabatan Bahasa Arab. Lawatan ini bertujuan merapatkan jalinan ukhuwah di antara pihak KIDU dengan pihak Jabatan Bahasa Arab CFS, IIUM yang diwakili Ketua Jabatan Bahasa Arab, Dr. Zairul bin Mat Zain, Dr. Phuzi bin Usop serta empat orang pensyarah dan kakitangan daripada jabatan tersebut.   Perbincangan di antara pihak CFS, IIUM dan pihak KIDU Selain itu, lawatan ini diadakan bagi mendapatkan bahan-bahan pengajaran daripada pihak CFS, IIUM bagi memantapkan lagi sistem pembelajaran Bahasa Arab di K

PESTA DAN MAJLIS KONVOKESYEN KIDU MERIAH – HARI KETIGA (KEMUNCAK).

Hari ketiga Pesta dan Majlis Konvokesyen KIDU kali ke-X merupakan hari kemuncak program tiga hari yang di adakan di sini. Pada hari ini, para graduan akan menerima diploma Pengajian Islam. Program bermula tepat pada jam 9.30 pagi. YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak tidak dapat hadir pada penyampaian kali ini dan beliau diwakili oleh YB Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Muassasah Darul Ulum. Ketibaan beliau disambut oleh al-Fadhil Ustaz Zawawi Haji Ahmad dan kakitangan Kolej Islam Darul Ulum. Penyampai ucap tama Majlis Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum iaitu YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS tiba pada jam 9.15 Pagi. Ketibaan beliau disambut seluruh warga Muassasah Darul Ulum. Tepat jam 9.40 Pagi, perarakan masuk graduan ke Dewan Utama Majlis Konvokesyen KIDU. Manakala perarakan besar masuk ke Dewan Utama pada jam 9.50 pagi yang terdiri Presiden PAS, Timbalan Pengerusi Majlis Muassasah Darul Ulum, Ahli-ahli Majlis Kolej Islam D