Skip to main content

Sambutan AIDIL ADHA 1432 H

Menelusuri sejarah korban yang bermula dari peristiwa Sayyidina Ibrahim A.S dan anaknya, Sayyidina Ismail A.S mematuhi perintah Allah S.W.T telah melaksanakan dengan penuh ketaqwaan dan penghambaan kepada Sang Pencipta. Tanpa bertanya lanjut, dan tanpa rasa mengeluh, kedua-dua beranak ini melaksanakannya. Allah S.W.T menukarkan perintah menyembelih Ismail A.S dengan seekor kibas yang sihat untuk disembelih. Peristiwa ini dikenang dan dihayati umat Islam dengan melaksanakan korban pada setiap tahun di bulan Dzulhijjah bersempena Aidil Adha. Sempena kedatangan Aidil Adha 1432 H, Kolej Islam Darul Ulum tidak ketinggalan melaksanakan ibadah korban yang sangat dituntut di dalam Islam. Pada tahun ini, seekor lembu yang disumbangkan oleh individu kepada KIDU untuk dilaksanakan korban. Korban tersebut dilaksanakan pada hari raya pertama Aidil Adha yang lalu. Agihan daging korban diberi kepada staf kakitangan Kolej Islam Darul Ulum dan dibuat jamuan untuk semua para pelajar Kolej Islam Darul Ulum selain diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Pihak Kolej Islam Darul Ulum mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang dan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan dengan kaedah pengagihan daging korban diperluaskan kepada masyarakat luar.

Comments

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg

Pelajar SPM, STAM dan TAMHIDI 2022

Ahlan wasahlan buat para pelajar ambilan SPM, STAM dan TAMHIDI. Pada hari Isnin 4 April 2022 Kolej Islam Darul Ulum telah mengadakan hari pendaftaran kemasukan pelajar baru. Selamat datang ke bumi tarbiyah Muassasah Darul Ulum. Pelajar yang mendaftar datang bukan sahaja dari negeri Kedah malah terdapat juga pelajar dari Selangor, Pulau Pinang dan Kemboja. 

SPM FT 2022/2023

 SPM FT 2022/2023 Anak-anak pelajar SPM FT KIDU 2022/2023 Bismillah, Alhamdulillah esok (8 Jun 2023) Khamis akan diumumkan keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Tiada doa yang dipinta melainkan semoga diberi kejayaan yang cemerlang kepada semua anakda yang bersungguh-sungguh dalam pembelajaran yang lalu. Bittaufiq wannajah semua !