Skip to main content

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU


KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM.

TAMHIDI BAHASA ARAB
Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya.

TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingga November. Pelajar adalah berpeluang cerah bagi menyambung pengajian ke Universiti dalam atau Luar Negara.

SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) 
Program Pengajian STAM dijalankan mengikut ketetapan dan panduan Kementerian Pendidikan
Malaysia. Tempoh pengajian adalah selama 10 bulan bermula dari bulan Januari hingga Oktober. Pelajar adalah berpeluang cerah bagi menyambung pengajian ke Universiti Al Azhar, Mesir dan institusi pengajian tinggi yang lain.

Comments

  1. Mcm mna cara nk masuk ke sana?? Ade x asrama yg bleh duduk??

    ReplyDelete
  2. السلام عليكم
    Saya nak Tanya berkenaan STAM.
    Kemasukannya bulan berapa

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ketua Pegawai Eksekutif KIDU

 

LAWATAN RASMI IQDAR KE KIDU

9 Februari 2026 | Kolej Islam Darul Ulum Kolej Islam Darul Ulum Original (KIDU) telah dikunjungi oleh wakil-wakil Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR), bagi tujuan bertukar-tukar pandangan berkaitan pengurusan serta perbincangan potensi kerjasama akademik yang boleh dijalinkan antara kedua-dua institusi. IQDAR telah diwakili oleh: Timbalan Pengerusi Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) Pengarah IQDAR Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) IQDAR Timbalan Pengarah (HEA & HEP) IQDAR Rombongan IQDAR disambut oleh ahli-ahli Pentadbiran Eksekutif KIDU, antaranya: Pengerusi Majlis KIDU Pengarah KIDU Pendaftar KIDU Penolong Pendaftar (HEP) KIDU KIDU mengharapkan hubungan silaturrahim yang lebih erat hasil daripada lawatan ini, dan seterusnya bekerjasama bersama-sama dalam memperkasakan pendidikan Islam, khususnya dalam bidang pengajian Al-Quran pada masa akan datang. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) atas kesudian mereka ...