Skip to main content

KEM BAHASA ARAB PERINGKAT RENDAH 2011 KEMBALI lAGI.......

Kem Bahasa Arab Peringkat Rendah yang dianjurkan oleh Kolej Islam Darul Ulum kembali menghiasi musim cuti sekolah pada tahun ini. Pada tahun lalu, program ini tidak dapat dianjurkan atas beberapa sebab teknikal. Namun, dengan permintaan dan rasa tanggungjawab, Pentadbiran Kolej Islam Darul Ulum bersetuju untuk menganjurkan semula dengan penambahan serta penambah baikkan dari pelbagai sudut agar para pelajar yang menyertai program ini akan bertambah ilmu dan pengalaman. Program Kem Bahasa Arab peringkat rendah pada tahun ini akan bermula pada 27 November 2011 hingga 18 Disember 2011. Program selama 21 hari ini akan menekankan beberapa aspek sebagai silibus kem. Aspek-aspek tersebut adalah Penguasaan Bahasa Arab dari sudut penulisan, pemahaman dan pembacaan. Aspek lain yang ditekankan adalah fardhu ain dan asas-asas kepimpinan selain sesi hafalan al-Quran. Program ini hanya menerima 80 orang pelajar sahaja untuk diasuh dan dididik oleh guru-guru berpengalaman lepasan dari timur tengah. Ini akan melahirkan generasi yang memahami bahasa Arab sebagai bahasa yang mulia. Yuran yang dikenakan hanyalah RM 450.00 merangkumi semua perkara iaitu yuran pembelajaran, bekalan belajar, makanan, penginapan, lawatan dan riadhah dan sebagainya. Kepada ibu bapa, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mendaftarkan anak-anak anda agar mereka dapat mengisi masa cuti sekolah akhir tahun. Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi talian pejabat KIDU 04-7825754 atau 012-5642132 (Ustaz Hanifi). Tarikh tutup pendaftaran adalah 20 Nevember 2011.

Comments

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg

Pelajar SPM, STAM dan TAMHIDI 2022

Ahlan wasahlan buat para pelajar ambilan SPM, STAM dan TAMHIDI. Pada hari Isnin 4 April 2022 Kolej Islam Darul Ulum telah mengadakan hari pendaftaran kemasukan pelajar baru. Selamat datang ke bumi tarbiyah Muassasah Darul Ulum. Pelajar yang mendaftar datang bukan sahaja dari negeri Kedah malah terdapat juga pelajar dari Selangor, Pulau Pinang dan Kemboja. 

SPM FT 2022/2023

 SPM FT 2022/2023 Anak-anak pelajar SPM FT KIDU 2022/2023 Bismillah, Alhamdulillah esok (8 Jun 2023) Khamis akan diumumkan keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Tiada doa yang dipinta melainkan semoga diberi kejayaan yang cemerlang kepada semua anakda yang bersungguh-sungguh dalam pembelajaran yang lalu. Bittaufiq wannajah semua !