Skip to main content

PESTA DAN MAJLIS KONVOKESYEN KIDU MERIAH – HARI KETIGA (KEMUNCAK).

Hari ketiga Pesta dan Majlis Konvokesyen KIDU kali ke-X merupakan hari kemuncak program tiga hari yang di adakan di sini. Pada hari ini, para graduan akan menerima diploma Pengajian Islam. Program bermula tepat pada jam 9.30 pagi. YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak tidak dapat hadir pada penyampaian kali ini dan beliau diwakili oleh YB Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Muassasah Darul Ulum. Ketibaan beliau disambut oleh al-Fadhil Ustaz Zawawi Haji Ahmad dan kakitangan Kolej Islam Darul Ulum. Penyampai ucap tama Majlis Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum iaitu YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS tiba pada jam 9.15 Pagi. Ketibaan beliau disambut seluruh warga Muassasah Darul Ulum. Tepat jam 9.40 Pagi, perarakan masuk graduan ke Dewan Utama Majlis Konvokesyen KIDU. Manakala perarakan besar masuk ke Dewan Utama pada jam 9.50 pagi yang terdiri Presiden PAS, Timbalan Pengerusi Majlis Muassasah Darul Ulum, Ahli-ahli Majlis Kolej Islam Darul Ulum dan para pensyarah. Majlis Konvokesyen KIDU dimulakan dengan pembacaan watikah pembukaan Majlis Konvokesyen oleh YB Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi. Majlis diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Islam Darul Ulum, Ustaz Haji Zawawi Bin Haji Ahmad yang menerangkan perjalanan Kolej Islam Darul Ulum dalam melahirkan 10 generasi atau graduan dari kolej ini. Beliau juga menerangkan hubungan baik pihak KIDU dengan university-universiti samada dalam atau luar Negara. Ucapan berikutnya adalah ucapan oleh Pengerusi Majlis Kolej Islam Darul Ulum, YB Dato’ Haji Mohamed Taulan Bin Mat Rasul. Beliau mengucapkan tahniah kepada seluruh graduan dan mengharapkan agar para graduan akan memanafaatkan ilmu yang diperolehi di sini dilapangan masyarakat. Timbalan Pengerusi Majlis Muassasah Darul Ulum, YB Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi dalam ucapan beliau menyentuh perkembangan Kolej Islam Darul Ulum semenjak ditubuhkan oleh mantan Presiden PAS, YB Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor. Tanpa disedari, KIDU telah melahirkan 10 generasi graduan yang berada dipelbagai bidang lapangan masyarakat. Kejayaan lepasan KIDU membanggakan semua pihak. Beliau mengharapkan generasi ke 10 ini juga mampu memberi manafaat kepada masyarakat. Majlis penyampaian diploma disempurnakan oleh YB Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi. Pada konvokesyen kali ini, anugerah pelajar terbaik disandang oleh Saudari Adni Bt Amiruddin dan Saudari Madihah Bt Md Daud. Majlis diteruskan dengan ucap tama Majlis Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum yang disampaikan oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS. Beliau menceritakan sejarah perjuangan al-Marhum pengasas Kompleks Muassasah Darul Ulum, YB Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor. Kepayahan dalam membina jaringan ilmu untuk disampaikan kepada masyarakat. Di dalam ucap tama, beliau mengingatkan kepada para graduan dan semua agar sentiasa terus berjuang memartabatkan dan mencurahkan ilmu kepada masyarakat luar. Bersabar dengan ujian yang bakal menimpa malahan beliau membawa contoh bagaimana ada Nabi palsu ketika Baginda Rasulullah masih ada. Beliau juga menceritakan kisah golongan yang menafikan kewajipan zakat pada masa sama mengerjakan solat. Kebijaksanaan para sahabat menyelesaikan masalah tersebut. Di akhir majlis, pihak Kolej Islam Darul Ulum telah menyampaikan anugerah Tokoh Muassasah Darul Ulum kepada al-Marhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor. Anugerah ini disampaikan oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai mengenang jasa al-marhum membangunkan Kompleks Pendidikan Islam ulung di utara Malaysia. Majlis Konvokesyen kali ini diserikan dengan kehadiran tetamu dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dan tetamu dari IPTA luar Negara, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Republik Indonesia. Majlis ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari dan para tetamu dan jemputan dijemput untuk menjamu selera sebelum acara bergambar bersama para graduan dan pimpinan. Pesta Konvokesyen KIDU kali ini bersambung pada malam dimulakan dengan tahlil perdana terakhir diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Abdullah. Ceramah malam terakhir dibarisi pemimpin utama PAS iaitu YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah yang juga merupakan exco kanan Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi dan Ahli Parlimen Kuala Kedah, YB Tuan Ahmad Bin Kasim. Kehadiran orang ramai sangat mengalakkan. Para penceramah telah mengulas isu-isu terkini yang berlaku dalam Negara terutama ura-ura akan berlaku Pilihanraya Umum yang dijangka dalam masa terdekat. Majlis ceramah tamat pada jam 12 tengahmalam dan keseluruhan program ditangguhkan.

Laporan Daripada Wartawan Akhbar Harakah

Majlis Konvokesyen KIDU Kali Ke-10

Oleh IZWAN ABDUL HALIM












POKOK SENA: Seramai 32 graduan menerima diploma pada Majlis Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum (Kidu) Kali Ke-10 yang berlangsung dengan gilang gemilang di Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum, di sini 31 Julai lalu.

Penganugerahan itu telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Kidu, Dato’ Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang juga Pengerusi Kidu.

Pada majlis penganugerahan tersebut juga menyaksikan dua siswi menggungguli penerimaan Anugerah Emas atas kecemerlangan akademik mereka iaitu Adni Amiruddin dan Madihah Md Daud. Anugerah tersebut disampaikan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Tuan Guru turut menyampaikan Anugerah Khas sebagai mengenang dan menghargai jasa tokoh penting pembangunan Kidu iaitu Almarhum Dato’ Ustaz Fadzil Mohd Noor. Plak anugerah telah diterima anak saudara Almarhum, Ustaz Hamadah Mohamed Shauki sebagai wakil keluarga Almarhum.

Memulakan ucaptama seusai penyerahan plak anugerah tersebut, Ustaz Abdul Hadi nyata menahan sebak hinggakan terlihat air matanya menitis sebelum beliau menyapu dengan tangan.

Dalam ucaptamanya, beliau menekankan mengenai kepentingan ilmu yang merupakan projek terpenting dalam menyampaikan mesej dakwah Islam.

Tegasnya, manusia memerlukan ilmu dalam menjalankan peranannya kepada tugas ibadah, dakwah dan amanah sebagaimana Allah SWT mengilmukan Nabi Adam AS.

“Untuk merealisasikan peranan manusia di atas muka bumi hendaklah dimulakan dengan dibangunkan diri manusia menurut acuan Allah SWT iaitulah dengan ilmu al-Quran, mengilmukan akal dan jasad supaya beriman,” terangnya.

Ujar beliau, Islam telah memimpin manusia secara meluas dengan ilmu walaupun tanpa kemudahan komunikasi canggih yang ada pada hari ini.

Malah katanya, ilmu telah menjadi benteng pertahanan Islam ketika mana pelbagai fahaman lain mengalami keruntuhan.

Pun begitu beliau mengingatkan, musuh Islam berusaha untuk menjurangkan manusia dari Islam dengan membina Islamophobia.

Terang Ustaz Abdul Hadi lagi, kedatangan fahaman lain telah memperhambakan manusia, sedang Islam datang membebaskan manusia, malah Islam juga datang tanpa menguasai hak bumi sebagaimana dilakukan penjajah.

Demikian itu, beliau menyeru para graduan agar tidak hanya semata-mata memiliki segulung diploma tetapi perlu berilmu dan faham serta mampu menterjemahkan ilmu kepada masyarakat.

Terdahulu, Dato’ Ir Phahrolrazi dalam ucapannya menegaskan bahawa Kidu akan terus dipertahankan sebagai institusi pendidikan tinggi milik PAS.

Majlis tersebut kembali diadakan di premis tersebut setelah sekian kalinya dilangsungkan ditempat lain.



Comments

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg

Pelajar SPM, STAM dan TAMHIDI 2022

Ahlan wasahlan buat para pelajar ambilan SPM, STAM dan TAMHIDI. Pada hari Isnin 4 April 2022 Kolej Islam Darul Ulum telah mengadakan hari pendaftaran kemasukan pelajar baru. Selamat datang ke bumi tarbiyah Muassasah Darul Ulum. Pelajar yang mendaftar datang bukan sahaja dari negeri Kedah malah terdapat juga pelajar dari Selangor, Pulau Pinang dan Kemboja. 

SPM FT 2022/2023

 SPM FT 2022/2023 Anak-anak pelajar SPM FT KIDU 2022/2023 Bismillah, Alhamdulillah esok (8 Jun 2023) Khamis akan diumumkan keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Tiada doa yang dipinta melainkan semoga diberi kejayaan yang cemerlang kepada semua anakda yang bersungguh-sungguh dalam pembelajaran yang lalu. Bittaufiq wannajah semua !