Skip to main content

PESTA DAN MAJLIS KONVOKESYEN KIDU MERIAH - Hari Pertama

Pesta dan Majlis Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum pada 28 hingga 30 Julai 2011 berlangsung dalam suasana meriah dan ceria. Program sebegini yang sekian lama tidak dianjurkan telah mendapat sambutan yang memberansangkan dari pelbagai pihak dan lapisan masyarakat. Pelbagai acara menarik yang telah disusun oleh pihak jawatankuasa sepanjang program tiga hari ini. Pada hari pertama diadakan Majlis Perasmian Pesta Konvokesyen KIDU Kali Ke-X. Perasmian ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Kolej Islam Darul Ulum yang juga merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah iaitu YB Dato’ Mohamed Taulan Bin Mat Rasul. Dalam ucapan perasmian, beliau mengucapkan tahniah atas kemampuan KIDU menganjurkan program ini setelah sekian lama tidak di anjurkan. “Saya berharap penganjuran program ini akan menaikkan imej dan keupayaan KIDU kepada masyarakat umum ”, tambah beliau. Selesai ucapan, beliau telah dijemput menyempurnakan gimik perasmian Pesta Konvokesyen KIDU Kali Ke-X. Setelah itu, YB Dato’ telah melakukan lawatan ke gerai-gerai yang mengambil bahagian di dalam penganjuran ini selain beramah mesra bersama penjual-penjual dan hadirin pada hari tersebut. Selesai sudah acara perasmian, program diteruskan dengan pertandingan-pertandingan melibatkan sekolah-sekolah agama seluruh negeri Kedah. Pertandingan Nasyid mengambil tempat awal pada hari khamis. Sebanyak 8 buah sekolah telah menghantar penyertaan nasyid yang berlangsung di khmeah utama. Pada masa yang sama, pertandingan pidato dijalankan di dewan Sekolah Menengah Islam Darul Ulum. Pertandingan berhenti rehat pada jam 1 petang untuk jamuan tengahari dan solat sebelum disambung pada jam 2.30 petang. Pada sebelah petang, persembahan seni bela diri oleh pelajar-pelajar SMIDU berlangsung di tengah padang yang menarik minat pengunjung dengan aksi-aksi yang mendebarkan yang dipamerkan oleh peserta. Program diteruskan pada sebelah malam iaitu tahlil perdana yang diketuai oleh al-Fadhil Ustaz Mohammad Bin Haji Ramli, pensyarah Kolej Islam Darul Ulum selepas solat maghrib. Selepas isya’ diadakan ceramah umum yang menampilkan YB Dato’ Haji Mahfuz Omar, YBhg Dato’ Dr Haron Din dan YB Puan Nurul Izzah Anwar. Ketiga-tiga penceramah menceritakan sejarah dan kenangan berkaitan bumi barakah Muassasah Darul Ulum selain isu-isu semasa yang melanda tanah air Malaysia. YB Dato’ Haji Mahfuz membawa kembali sejarah cubaan rampasan tanah Muassasah Darul Ulum yang dilakukan oleh pemerintah sebelum. Namun berkat kesabaran dan kegigihan para pejuang dan ahli-ahli PAS, tanah Muassasah Darul Ulum dapat dipertahankan. Dalam ucapan YB Puan Nurul Izzah, beliau menceritakan hubungan baik keluarganya dengan keluarga Pengasas Muassasah Darul Ulum, Al-Marhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor. Beliau juga menceritakan bagaimana ratusan ribu manusia datang ke Muassasah Darul Ulum untuk memberikan penghormatan akhir kepada jenazah almarhum Dato’ Haji Fadzil Noor. YBhg Dato’ Dr Haron Din menceritakan kesusahan membangunkan manusia dengan ilmu. Namun kegigihan almarhum Dato’ Fadzil Noor yang menubuhkan KIDU merupakan suatu kejayaan besar kepada umat Islam di Malaysia. Ceramah pada malam pertama selesai pada jam 12 tengahmalam. (Gambar akan menyusul selepas ini)




Berita Dari Warta Darulaman 



Comments

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg

Pelajar SPM, STAM dan TAMHIDI 2022

Ahlan wasahlan buat para pelajar ambilan SPM, STAM dan TAMHIDI. Pada hari Isnin 4 April 2022 Kolej Islam Darul Ulum telah mengadakan hari pendaftaran kemasukan pelajar baru. Selamat datang ke bumi tarbiyah Muassasah Darul Ulum. Pelajar yang mendaftar datang bukan sahaja dari negeri Kedah malah terdapat juga pelajar dari Selangor, Pulau Pinang dan Kemboja. 

SPM FT 2022/2023

 SPM FT 2022/2023 Anak-anak pelajar SPM FT KIDU 2022/2023 Bismillah, Alhamdulillah esok (8 Jun 2023) Khamis akan diumumkan keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Tiada doa yang dipinta melainkan semoga diberi kejayaan yang cemerlang kepada semua anakda yang bersungguh-sungguh dalam pembelajaran yang lalu. Bittaufiq wannajah semua !