Skip to main content

PESTA DAN MAJLIS KONVOKESYEN KIDU MERIAH – Hari Kedua.

Pesta Konvokesyen KIDU kali ke-X bersambung pada hari jumaat 29 Julai 2011, hari kedua penganjuran program ini. Pertandingan mewarna, azan, bercerita dan hafalan surah-surah lazim melibatkan kanak-kanak PASTI mewarnai pagi jumaat. Kehadiran 19 wakil PASTI di dalam kawasan Parlimen Pokok Sena memberi suatu kemeriahan luar biasa di KIDU. Pada masa yang sama bertempat di Masjid Muassasah Darul Ulum sedang berlangsung kuliah dhuha yang disampaikan oleh Pengarah Akademik KIDU, al-Fadhil Ustaz Ahmad Bin Abdullah. Pada hari kedua juga menyaksikan pertandingan padang mewarnai program ini. di padang bola, berlangsung pertandingan bola sepak 8 sebelah melibatkan sekolah-sekolah agama seluruh negeri kedah. 8 pasukan dari 8 sekolah menghantar wakil. Format liga digunakan dalam pertandingan bola sepak kali ini. selain itu, di hadapan bangunan KIDU, berlangsung pertandingan sepak takraw terbuka. 16 Pasukan telah mendaftar untuk menyertai pertandingan ini. Program pada hari kedua ini berhenti rehat tepat jam 12.30 tengahari untuk jamuan makan tengahari dan solat jumaat. Pada sesi petang pula, berlangsung pertandingan memasak di depan bangunan KIDU selain pertandingan bola sepak dan sepak takraw berlangsung kembali. Suasana ketika pertandingan berlangsung sangat meriah dengan kehadiran pengunjung yang semakin membanjiri KIDU. Ustaz Zawawi Bin Haji Ahmad telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan pada hari kedua di khemah utama. Pada sebelah malam, tahlil perdana sesi kedua diketuai oleh al-Fadhil Ustaz Ahmad Bin Abdullah di Masjid Muassasah Darul Ulum. Selepas isya’, ceramah umum membarisi pemimpim utama Pakatan Rakyat iaitu YB Dato’ Haji Husam Musa, Naib Presiden PAS, YB Saifudin Nasution Ismail, Setiausaha PKR dan YBhg Cikgu Azmi Abdul Hamid, Presiden TERAS. Kehadiran tetamu sangat memberansangkan untuk mendengar kupasan isu-isu terkini dari pimpinan. Program ditangguhkan pada jam 12 tengahmalam.

Comments

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg

Pelajar SPM, STAM dan TAMHIDI 2022

Ahlan wasahlan buat para pelajar ambilan SPM, STAM dan TAMHIDI. Pada hari Isnin 4 April 2022 Kolej Islam Darul Ulum telah mengadakan hari pendaftaran kemasukan pelajar baru. Selamat datang ke bumi tarbiyah Muassasah Darul Ulum. Pelajar yang mendaftar datang bukan sahaja dari negeri Kedah malah terdapat juga pelajar dari Selangor, Pulau Pinang dan Kemboja. 

SPM FT 2022/2023

 SPM FT 2022/2023 Anak-anak pelajar SPM FT KIDU 2022/2023 Bismillah, Alhamdulillah esok (8 Jun 2023) Khamis akan diumumkan keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Tiada doa yang dipinta melainkan semoga diberi kejayaan yang cemerlang kepada semua anakda yang bersungguh-sungguh dalam pembelajaran yang lalu. Bittaufiq wannajah semua !