Skip to main content

KUNJUNGAN SHEIKH MAHMUD SIYAM KE MUASSASAH DARUL ULUM


Imam Besar Masjid al-Aqsa, Sheikh Mahmud Siyam telah meluangkan masa mengunjungi dan menziarahi bumi Muassasah Darul Ulum pada 21 Ogos yang lalu. Beliau yang berada di Malaysia dalam rangka lawatan sempena bulan ramadhan pada tahun ini. Kedatangan beliau disambut oleh Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Haji Ahmad Jamaludin serta para pelajar Kolej Islam Darul Ulum dan Sekolah Menengah Islam Darul Ulum. Pada kesempatan kunjungan beliau pada kali ini, pihak KIDU telah menganjurkan Majlis Tazkirah Ramadhan di Masjid Muassasah Darul Ulum


Beliau telah menyentuh agar para pelajar, muslimin dan muslimat keseluruhan agar merebut peluang 10 akhir ramadhan dan mendoakan agar memperolehi ganjaran malam Lailatul Qadr. Beliau mengingatkan hadirin supaya memperbanyakkan doa untuk membebaskan diri dari api neraka, berdoa membebaskan kaum keluarga dari siksaan api neraka selain memperbanyakkan membaca al-Quran dan berjaga malam. Selain itu, tuan sheikh telah menceritakan perihal apa yang berlaku di bumi Palestin dan beliau menyampaikan salam dari rakyat palestin kepada seluruh hadirin.
Pada kesempatan kunjungan beliau, para pelajar bertanya beberapa soalan kepada Sheikh Mahmud Siyam antaranya pandangan beliau dengan situasi kebangkitan pemuda Negara-negara arab untuk meruntuhkan pemerintahan yang zalim terutama di Negara Mesir dan Tunisia. Beliau menjawab bahawa apa yang berlaku di Negara arab adalah menunjukkan keprihatinan bangsa arab terhadap rakyat palestin yang ditindas oleh Yahudi. Sebelum kejatuhan pemerintahan zalim Hosni Mubarak, pintu sempadan Rafah-Gaza amat sulit untuk dibuka. Malah beliau menceritakan ada pertubuhan kebajikan ingin menghantar sumbangan kepada rakyat palestin, tetapi ditahan di Lapangan Terbang Kaherah dan dihantar balik ke Negara asal mereka. Namun setelah kejatuhan pemerintahan zalim Mesir, pintu sempadan Rafah – Gaza dibuka seluas-luasnya sehingga menimbulkan kebimbangan Israel. Beliau juga menjelaskan kemenangan meruntuhkan kezaliman di Mesir dan Tunisia merupakan suatu langkah untuk pembebasan bumi Palestin yang sangat bernilai kepada umat Islam.


Di akhir tazkirah, pihak KIDU telah menyampaikan cenderahati kepada Sheikh Mahmud Siyam dan ahli rombongan. Sebelum pulang, beliau telah menziarahi makam pengasas Muassasah Darul Ulum, al-Marhum Dato’ Haji Fadzl Noor yang merupakan sahabat baik Sheikh. Pihak KIDU berbesar hati dengan kunjungan ini dan mengharapkan agar hubungan yang terjalin ini tetap kukuh dan semakin erat.

Comments

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg

Pelajar SPM, STAM dan TAMHIDI 2022

Ahlan wasahlan buat para pelajar ambilan SPM, STAM dan TAMHIDI. Pada hari Isnin 4 April 2022 Kolej Islam Darul Ulum telah mengadakan hari pendaftaran kemasukan pelajar baru. Selamat datang ke bumi tarbiyah Muassasah Darul Ulum. Pelajar yang mendaftar datang bukan sahaja dari negeri Kedah malah terdapat juga pelajar dari Selangor, Pulau Pinang dan Kemboja. 

SPM FT 2022/2023

 SPM FT 2022/2023 Anak-anak pelajar SPM FT KIDU 2022/2023 Bismillah, Alhamdulillah esok (8 Jun 2023) Khamis akan diumumkan keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Tiada doa yang dipinta melainkan semoga diberi kejayaan yang cemerlang kepada semua anakda yang bersungguh-sungguh dalam pembelajaran yang lalu. Bittaufiq wannajah semua !