Skip to main content

LAWATAN MUHIBBAH KOLEJ ISLAM DARUL ULUM KE CENTRE OF FOUNDATION STUDIES (IIUM), PETALING JAYA.

Pihak KIDU bergambar di hadapan pintu masuk CFS,IIUM Petaling Jaya, Selangor. 

Seramai enam orang kakitangan KIDU telah mengadakan lawatan muhibbah ke CENTRE OF FOUNDATION STUDIES (CFS) IIUM, PETALING JAYA pada 19 Ogos 2011 yang lalu anjuran Jabatan Bahasa Arab KIDU diketuai oleh Ustaz Zakaria bin Ismail selaku Dekan Kuliyyah Shariah, Ustaz Abdul, Ghani bin Abdullah, selaku Pendaftar, dan Ustazah Raudzah binti Sheikh Salleh, selaku Ketua Jabatan Bahasa Arab.

Lawatan ini bertujuan merapatkan jalinan ukhuwah di antara pihak KIDU dengan pihak Jabatan Bahasa Arab CFS, IIUM yang diwakili Ketua Jabatan Bahasa Arab, Dr. Zairul bin Mat Zain, Dr. Phuzi bin Usop serta empat orang pensyarah dan kakitangan daripada jabatan tersebut. 



 Perbincangan di antara pihak CFS, IIUM dan pihak KIDU

Selain itu, lawatan ini diadakan bagi mendapatkan bahan-bahan pengajaran daripada pihak CFS, IIUM bagi memantapkan lagi sistem pembelajaran Bahasa Arab di KIDU. 

Di samping itu kedua-dua pihak dapat bertukar pendapat dan berkongsi idea dan kaedah pembelajaran yang digunakan di institusi masing-masing. 

Semoga dengan adanya lawatan seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pihak kidu dengan pihak CFS, IIUM. Diharapkan agar lawatan ini dapat menjadi titik permulaan bagi KIDU dan CFS IIUM untuk meneruskan lagi kerjasama akademik antara dua-dua belah pihak.


 Bergambar kenangan bersama Ketua Jabatan dan kakitangan Jabatan Bahasa Arab  CFS, IIUM

Comments

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg

Pelajar SPM, STAM dan TAMHIDI 2022

Ahlan wasahlan buat para pelajar ambilan SPM, STAM dan TAMHIDI. Pada hari Isnin 4 April 2022 Kolej Islam Darul Ulum telah mengadakan hari pendaftaran kemasukan pelajar baru. Selamat datang ke bumi tarbiyah Muassasah Darul Ulum. Pelajar yang mendaftar datang bukan sahaja dari negeri Kedah malah terdapat juga pelajar dari Selangor, Pulau Pinang dan Kemboja. 

SPM FT 2022/2023

 SPM FT 2022/2023 Anak-anak pelajar SPM FT KIDU 2022/2023 Bismillah, Alhamdulillah esok (8 Jun 2023) Khamis akan diumumkan keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Tiada doa yang dipinta melainkan semoga diberi kejayaan yang cemerlang kepada semua anakda yang bersungguh-sungguh dalam pembelajaran yang lalu. Bittaufiq wannajah semua !