Skip to main content

GRADUAN RAMADHAN

1 Syawal – Beberapa hari sahaja lagi kita akan meninggalkan ramadhan . Bulan barakah bulan yang sangat istimewa. Ramadhan seumpama madrasah yang mengandungi kurikulum dan sukatannya yang tersendiri yang disediakan oleh Tuhan Rabul Jalil bagi mendidik siswa - siswinya dengan pakej yang begitu unik bagi lahir sebagai mahasiswa yang cemerlang dengan anugerah “ Takwa “ pada hari konvokesyennya di bulan sywal. Berapa ramai siswa siwi madrasah ramadhan yang tidak berjaya dijemput untuk menerima ijazah pada hari konvokesyennya kerana tidak lulus dan perlu mengulang semula pada tahun yang seterusnya. Semoga kita semua layak menerima anugerah di konvokesyen ramadhan dan merasa gembira dengan penuh syukur seperti Sabda Nabi saw “ Bagi yang berpuasa dua kegembiraan , pertama hari raya kedua bertemu Tuhan di syurga “ Apa yang penting latihan ramadhan selama sebulan adalah contoh diari muslim yang diredhai Alah, maka teruskan diari dan takwim ramadhan ini sepanjang hidup kita moga di berkati Ilahi. CABARAN MENGEKALKAN SIFAT TAWA Saidina Ali r.a menjelaskan makna Takwa ialah : - Takut kepada Tuhan Rabul Jalil - Beramal dengan arahan yang diperintahkan - Bersedia dengan amalan untuk hari kematian - Redha dengan apa yang ditentukan . Allah swt menjelaskan 9 sifat orang yang bertakwa seperti ayat Surah At-Taubah ayat 120 : Mereka adalah orang yang bersifat dan berakhlak seperti berikut ; i. Senantiasa bertaubah ii. Senantiasa beribadah iii. Senantiasa bertasbih iv. Senantiasa berpuasa v. Senantiasa rukuk vi. Senantiasa sujud vii. Senantiasa menyeru kepada kebaikan viii. Senantiasa mencegah kemungkaran ix. Senantiasa menjaga batas ketetapan Allah swt Ibnu ‘Abbas menjelaskan : “ Siapa yang mati dalam melasanakan 9 sifat ini maka ia di jalan Allah “. Wahai anak – anak pelajar sekalian : Ayuh marilah kita menjadi Ramadhan sebagai bulan tarbiah dan madrasah pembinaan diri semoga lahir selepas Ramadhan sebagai insan bertakwa KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF DAN SELURUH WARGA KIDU MENGUCAPKAN SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA PENGUNJUNG PORTAL SEMOGA KALIAN TERUS MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA INSTITUSI MILIK UMMAH INI

Comments

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg

Pelajar SPM, STAM dan TAMHIDI 2022

Ahlan wasahlan buat para pelajar ambilan SPM, STAM dan TAMHIDI. Pada hari Isnin 4 April 2022 Kolej Islam Darul Ulum telah mengadakan hari pendaftaran kemasukan pelajar baru. Selamat datang ke bumi tarbiyah Muassasah Darul Ulum. Pelajar yang mendaftar datang bukan sahaja dari negeri Kedah malah terdapat juga pelajar dari Selangor, Pulau Pinang dan Kemboja. 

SPM FT 2022/2023

 SPM FT 2022/2023 Anak-anak pelajar SPM FT KIDU 2022/2023 Bismillah, Alhamdulillah esok (8 Jun 2023) Khamis akan diumumkan keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Tiada doa yang dipinta melainkan semoga diberi kejayaan yang cemerlang kepada semua anakda yang bersungguh-sungguh dalam pembelajaran yang lalu. Bittaufiq wannajah semua !