Skip to main content

Lawatan KIDU ke Selatan Thailand

Kolej Islam Darul Ulum telah mengunjungi Selatan Thailand bermula 19 hingga 22 November yang lalu. Rombongan yang diketuai oleh Ustaz Zawawi Bin Hj Ahmad selaku Ketua Pegawai Eksekutif mengunjungi 5 buah sekolah yang berpotensi di sana. Selain beliau, 6 orang lagi Staf pentadbiran KIDU turut serta dalam rombongan tersebut. Ustaz Abdul Ghani Abdullah, Ustaz Azamuddin Abdul Aziz, Saudara Mohd Hanifi Hj Ahmad Jamaludin, Ustaz Radhi Abu Bakar, Ustaz Ismail Ahmad dan Saudara Saifullah Mohammad turut serta dalam rombongan yang bertujuan mempromosikan KIDU sebagai pusat pengajian lanjutan pilihan di Malaysia.
KIDU memulakan lawatan ke Madrasah Islahuddin di Padang Besing, Yala. Kunjungan KIDU disambut oleh Pengarah Islahuddin, Dr Wan dan beliau telah memberi penerangan dan penjelasan berkaitan pembangunan dan sistem pendidikan di madrasah tersebut. Menurut beliau, pengasas madrasah tersebut diasaskan oleh ulama’ terdahulu yang ingin melihat anak bangsa melayu di Selatan Thailand mendalami ilmu Islam. Dalam ucapan Ustaz Zawawi, beliau menerangkan tujuan dan hasrat lawatan KIDU ke sekolah ini. malah beliau berharap agar KIDU menjadi pusat pengajian pilihan pelajar madrasah tersebut selepas 2 orang lepasan madrasah ini menyambung pengajian di KIDU. Di akhir pertemuan, pihak KIDU dan Islahuddin telah bertukar cenderahati kenang-kenangan antara KIDU dan Islahuddin.
Pada hari ahad, pihak KIDU telah mengunjungi sebua sekolah yang cukup terkenal di tengah-tengah kota Yala. Madrasah Tham Wittaya Mulniti atau lebih dikenali dengan Sekolah Haji Harun. Sekolah yang mempunyai pelajar seramai 5,500 orang merupakan sekolah pilihan pelajar di Yala. Rombongan KIDU telah disambut oleh Pengerusi Sekolah tersebut dan Pengerusi Universiti Sheikh Ahmad Fathoni atau singakatan JISDA. Pihak KIDU telah diberi penghormatan untuk menyampai ucapan kepada para pelajar sekolah tersebut. Banyak perkara yang dapat dibincangkan sepanjang pertemuan tersebut. Di akhir pertemuan, pihak KIDU menyampaikan cenderamata kepada pihak sekolah dan begitu sebaliknya..
Menyusul hari kedua

Comments

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg

SPM FT 2022/2023

 SPM FT 2022/2023 Anak-anak pelajar SPM FT KIDU 2022/2023 Bismillah, Alhamdulillah esok (8 Jun 2023) Khamis akan diumumkan keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Tiada doa yang dipinta melainkan semoga diberi kejayaan yang cemerlang kepada semua anakda yang bersungguh-sungguh dalam pembelajaran yang lalu. Bittaufiq wannajah semua !

Pelajar SPM, STAM dan TAMHIDI 2022

Ahlan wasahlan buat para pelajar ambilan SPM, STAM dan TAMHIDI. Pada hari Isnin 4 April 2022 Kolej Islam Darul Ulum telah mengadakan hari pendaftaran kemasukan pelajar baru. Selamat datang ke bumi tarbiyah Muassasah Darul Ulum. Pelajar yang mendaftar datang bukan sahaja dari negeri Kedah malah terdapat juga pelajar dari Selangor, Pulau Pinang dan Kemboja.