Skip to main content

KURSUS BAHASA ARAB 45 HARI DI KIDU

Pihak Kolej Islam Darul Ulum akan meneruskan program tahunan yang menjadi tumpuan para pelajar lepasan SPM dan STAM. Kursus Bahasa Arab peringkat menengah untuk lepasan SPM dan STAM akan dianjurkan buat kali ke 6 pada tahun hadapan. Kursus yang akan bermula pada 8 januari selama 45 hari hingga 22 februari 2012. Dengan 5 aspek yang menjadi penekanan untuk memantapkan penguasaan bahasa arab para pelajar terutama mereka yang ingin melanjutkan pengajian di timur tengah dan universiti-universiti dalam Negara yang berorientasikan bahasa arab. Aspek-aspek tersebut adalah pemahaman bahasa Arab yang akan mendedahkan kepada para pelajar kaedah untuk memahami bahasa tersebut ketika sesi pembelajaran di universiti. Aspek yang kedua adalah penguasaan penulisan arab. Ini memandangkan bahasa arab mempunyai kaedah tersendiri dalam aspek penulisan berbanding bahasa-bahasa lain. Para pelajar akan diajar cara menulis menggunakan kaedah yang betul dan bersesuaian dengan kaedah yang sepatutnya. Aspek ketiga adalah penguasaan komunikasi bahasa arab. Sesetengah pelajar memahami percakapan dalam bahasa arab namun sulit untuk menjawab kembali perbualan tersebut. Ini akan menyebabkan pelajar tersebut malu untuk berkomunikasi dengan pelajar arab terutamanya. Dengan persekitaran dan suasana yang membentuk suasana arab, para pelajar akan diminta untuk berbicara dalam bahasa tersebut sebagai persediaan untuk menguasainya terutama mereka yang akan ke timur tengah. Aspek keempat adalah untuk pemantapan fardhu ain para pelajar. Selaras sebagai seorang muslim yang harus memahami dan mengamalkan Islam dengan terbaik. Malah, para pelajar akan diajar dengan ilmu-ilmu yang semakin dipinggirkan seperti kursus jenazah, tahlil dan sebagainya. Aspek yang terakhir adalah khidmat masyarakat bertujuan memberi pendedahan tentang kepentingan bersama masyarakat dalam membangunkan mereka. Program ini disusun khas sebagai persediaan kepada pelajar untuk turun ke lapangan setelah menamatkan pengajian di universiti masing-masing. Dengan harapan, program ini mampu membentuk para pelajar menjadi lebih baik dan berguna kepada para pelajar. Yuran untuk kursus ini hanyalah sebanyak RM 790 merangkumi penginapan, makanan, kos pembelajaran, buku, lawatan serta kunjungan dan sebagainya. Kolej Islam Darul Ulum menjemput dan mempelawa lepasan SPM dan STAM dan juga kepada yang berminat untuk mengikuti kursus ini untuk mendaftar secepat yang mungkin. Maklumat lanjut boleh menghubungi Ustaz Mohd Hanifi (012-5642132) atau Ustaz Azamuddin (012-5779761).

Comments

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg

Pelajar SPM, STAM dan TAMHIDI 2022

Ahlan wasahlan buat para pelajar ambilan SPM, STAM dan TAMHIDI. Pada hari Isnin 4 April 2022 Kolej Islam Darul Ulum telah mengadakan hari pendaftaran kemasukan pelajar baru. Selamat datang ke bumi tarbiyah Muassasah Darul Ulum. Pelajar yang mendaftar datang bukan sahaja dari negeri Kedah malah terdapat juga pelajar dari Selangor, Pulau Pinang dan Kemboja. 

SPM FT 2022/2023

 SPM FT 2022/2023 Anak-anak pelajar SPM FT KIDU 2022/2023 Bismillah, Alhamdulillah esok (8 Jun 2023) Khamis akan diumumkan keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Tiada doa yang dipinta melainkan semoga diberi kejayaan yang cemerlang kepada semua anakda yang bersungguh-sungguh dalam pembelajaran yang lalu. Bittaufiq wannajah semua !