Kolej Islam Darul Ulum menerima rombongan dari Kelab Tahfiz
Maahad Muhammadi Lil Banat, Kelantan pada Khamis lepas. Rombongan ini diiringi
7 orang guru terdiri dari 3 orang guru lelaki dan 4 orang guru perempuan selain
80 orang pelajar.
Ketibaan mereka disambut oleh Penolong Pendaftar Perhubungan
Awam, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin. Para pelajar ini diberi
penerangan berkenaan Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum oleh Saudara Mohd
Hanifi. Selain itu, penerangan berkenaan program-program yang ditawarkan di
sini.
Semoga lawatan ini akan menberi suatu input yang
positif dan menghubungkan hubungan yang baik di antara dua institusi ini.
Comments
Post a Comment